View: 1640|Reply: 1
|
5 Konsol Permainan Video Mudah Alih Yang Paling Teruk!
[Copy link]
|
|
Konsol permainan video mudah alih ada pelbagai jenis dan bentuk seperti Nintendo Gameboy, PSP, Sega Game Gear hingga ke Nintendo Switch. Ianya mudah dibawa dan boleh main dimana-mana, tetapi ada konsol mudah alih yang amat teruk dan ramai pengguna mendapat pengalaman yang teruk apabila menggunakan konsol itu.
kredit foto: Youtube
Petikan dari Iluminasi, ini adalah 5 konsol permainan video mudah alih yang paling teruk.
Konsol ataupun telefon bimbit Nokia N-Gage yang dikeluarkan pada tahun 2003 itu mendapat perhatian ramai orang. Tetapi Nokia N-Gage mempunyai banyak kelemahan seperti sistem kawalan peranti yang lemah, skrin saiz dan resolusi yang kurang baik dan jika anda mahu menjawab panggilan telefon anda perlu pegang secara melintang untuk menjawab panggilan telefon itu, ianya amat kekok bagi pengguna ketika itu dan ramai tidak suka menggunakannya.
kredit foto: Iluminasi
Difahamkan, N-Gage yang hanya dapat menjual 1 juta unit berbanding sasaran awal Nokia iaitu 6 juta unit dan sekaligus menjadi produk yang gagal bagi syarikat Nokia.
kredit foto: Nintendo Life
Jika anda pernah memiliki ataupun pernah mendengar jenama Sega Game Gear dan Sega Genesis, anda mungkin pernah dengar nama konsol ini. Nomad yang mula dijual pada tahun 1995 itu mendapat kritikan tentang Nomad adalah konsol yang teruk dari segi saiz skrin yang kecil, konsol itu perlukan 6 biji bateri bersaiz AA yang hanya boleh bertahan selama 2 jam sahaja dan kualiti pembinaan konsol itu amat kurang memuaskan.
Walaupun Sega telah menurunkan harga dari USD180 ke USD80 ketika penjualan waktu itu, tetapi Sega Genesis Nomad hanya mampu menjual 1 juta unit dan menjadi salah satu konsol yang ramai orang menyesal beli.
kredit foto: Nintendo life
Syarikat Nintendo yang mempunyai reputasi yang cemerlang, tetapi mereka juga tidak lari dari kesilapan apabila mereka mengeluarkan Virtual Boy pada tahun 1995. Pada waktu itu Virtual Boy yang dijual dengan harga yang amat tinggi iaitu USD180 adalah salah satu kesilapan bagi peminat Nintendo, tambahan pula Virtual Boy hanya ada 22 judul permainan sahaja yang dikeluarkan untuk konsul itu.
Di samping itu, kanak-kanak yang berusia bawah 7 tahun dinasihatkan untuk tidak main konsol itu kerana ia boleh mengakibatkan serangan sawan, pening dan muntah kerana hasil rangsangan grafik yang memeningkan. Justeru, konsol Virtual Boy itu hanya di jual sebanyak 700 ribu unit sahaja.
kredit foto: EnGadget
Suatu ketika dahulu, Atari adalah nama yang amat besar dalam dunia permainan video dan mereka juga memperkenalkan Atari Lynx pada tahun 1989 yang menunjukkan skrin warna mudah alih. Atari juga terkenal dengan menggunakan tatik pemasaran yang mengutuk pencabar lain ketika itu.
Tetapi, dengan harga yang lagi tinggi berbanding Gameboy ketika itu dan tidak banyak judul permainan yang dikeluarkan untuk Atari Lynx menjadi punca konsol itu gagal dengan 3 juta unit sahaja berbanding dengan Nintendo Gameboy yang dapat menjual 56 juta unit.
kredit foto: Ocala
Syarikat Tiger Telematics dari Sweden yang mencuba menyertai dunia konsol itu dengan Gizmondo adalah satu percubaan yang gagal dalam dunia konsol mudah alih. Cukup menarik juga, Gizmondo bukan sahaja sebuah konsol tetapi ianya juga sebuah GPS, komputer mini dan kamera, untuk era 2000an ianya amat mengagumkan tetapi kena Gizmondo gagal?
Harga Gizmondo yang dijual kali pertama adalah USD400 iaitu sama ataupun lebih murah dengan harga sebuah PSP (USD 380), Playstation 2 (USD250), Xbox (USD300), Nintendo DS (USD400) dan banyak lagi. Gizmondo juga tidak mempunyai kualiti pembinaan yang bagus, ia juga mempunyai judul permainan yang amat kecil dan harga yang tidak masuk akal ketika itu. -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sumber mcm dari iluminasi ja ni. eh eh |
|
|
|
|
|
|
| |
|