CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 324|Reply: 0

[Kedah] Kedah kenal pasti lokasi pelancongan berpotensi untuk dikomersialkan

[Copy link]
Post time 23-3-2022 12:17 PM | Show all posts |Read mode

(Gambar kecil: Mohd Firdaus) Terowong Komunis di Baling antara lokasi di Kedah yang berpotensi besar untuk dibangunkan sebagai tempat pelancongan komersial. - Foto Bernama

ALOR SETAR - Kerajaan negeri telah mengenal pasti beberapa kawasan baharu di Kedah yang berpotensi besar untuk dibangunkan sebagai tempat pelancongan komersial.

Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Kedah, Mohd Firdaus Ahmad berkata, antara kawasan baharu yang berpotensi termasuk Mong Gajah di daerah Padang Terap dan kawasan Jerai Geopark di daerah Kuala Muda dan Yan.

Mohd Firdaus memberitahu, Langkawi Gateway di Teluk Apau, Langkawi; Persisiran Sungai Kedah dan Gunung Keriang di daerah Kota Setar serta beberapa kawasan lain di daerah Baling seperti Terowong Komunis dan Ulu Legong juga merupakan antara kawasan baharu dikenal pasti.

"Sehubungan itu, beberapa sesi libat urus dan perbincangan bersama pihak Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Invest Kedah serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah dijalankan bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri bagi menjadikan kawasan-kawasan cadangan ini sebagai zon pelancongan komersial baharu bagi Kedah.

"Bagi daerah lain, kerajaan negeri belum lagi membuat pemilihan bagi menamakan ia sebagai kawasan pelancongan komersial," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Mohd Radzi Md Amin (Pas-Pedu) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman di sini pada Rabu.

Katanya, MOTAC, Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri (BIPEN) serta Invest Kedah turut bergabung dalam jawatankuasa kecil pelaburan bagi membangunkan zon pelaburan untuk pelancongan atau Special Tourism Investment Zones (STIZ) dalam usaha menarik lebih ramai pelabur tempatan dan antarabangsa ke zon berkenaan.

Beliau menjelaskan, jawatankuasa terbabit berperanan mengenal pasti kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai zon pelaburan untuk projek pelancongan.


"Jawatankuasa kecil pelaburan ini akan mengenal pasti STIZ berdasarkan beberapa perkara termasuklah kesediaan dan kelebihan kawasan tersebut dari segi akses dan infrastruktur," katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ntuk-dikomersialkan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.365665 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list