CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 350|Reply: 0

[Sabah] Rangka kerja perundingan diwujudkan, pantau kemajuan CCA

[Copy link]
Post time 21-3-2022 05:34 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Bagi memudahkan pelaksanaan Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA), kerajaan negeri dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bersetuju untuk mewujudkan rangka kerja perundingan yang berstruktur untuk menyediakan maklumat terkini serta pandangan tetap berhubung kemajuan CCA.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, menerusi usaha itu satu sistem pemantauan akan diwujudkan bagi memastikan kemajuan pelaksanaan perjanjian berkenaan.

Katanya, kerajaan negeri akan memastikan perjanjian berkenaan ada tindakan susulan yang menyeluruh.

Sehubungan itu, jelasnya, dua badan ditubuhkan iaitu Dialog Strategi Tahunan (ASD) yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dan Pengerusi PETRONAS.

Menurutnya, ia akan disokong oleh satu Jawatankuasa Penyelarasan Bersama (JCC) yang akan bermesyuarat setiap tiga bulan membabitkan enam jawatankuasa kerja bagi setiap bahagian.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Mohamaddin Ketapi (BERSATU-Segama) mengenai faedah dan keterangan lanjut CCA kepada rakyat dan negeri ini sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Masidi berkata, pelaksanaan CCA akan memastikan Sabah mencapai perkongsian hasil, penyertaan dan penguasaan yang lebih besar dalam industri minyak dan gas di Sabah secara komersial.

Menurutnya, ia sekali gus memastikan negeri ini mengekalkan hak perundangannya selain diberi peluang tinggi dalam industri minyak dan gas melalui aktiviti huluan, LNG (Liquefied Natural Gas) dan hiliran.

"Senario ini menunjukkan syarikat-syarikat milik tempatan yang terlibat dalam industri minyak dan gas diberi peluang untuk menyertai ketiga-tiga aktiviti berkenaan.

"Kerajaan negeri melalui anak syarikat kerajaan negeri juga diberi peluang untuk menyertai peratus pegangan saham yang lebih tinggi bagi memastikan keuntungan industri minyak dan gas ini dapat memberi pulangan atau hasil yang tinggi kepada kerajaan negeri dan seterusnya dapat dinikmati oleh rakyat melalui perancangan pembangunan negeri yang akan merancakkan aktiviti ekonomi Sabah.

"Selain itu, pihak PETRONAS akan terus komited untuk membayar tunai royalti minyak dan cukai jualan negeri sebagai sebahagian daripada mendapatkan perkongsian hasil yang lebih besar dalam industri minyak dan gas," jelasnya.

Beliau berkata, perjanjian itu juga memberi hak kepada kerajaan negeri dalam industri minyak dan gas untuk memudahkan kerjasama komersial dengan anak syarikat kerajaan negeri.

Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri mendapat manfaat dan peluang untuk menyertai lebih banyak aktiviti minyak dan gas di negeri ini.

oleh
Siti Aisyah Narudin
credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 1.145571 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list