CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 790|Reply: 11

[Dunia] Mahkamah Keadilan Antarabangsa perintah Rusia henti serangan segera. Putin tersenyum sinis..........

[Copy link]
Post time 18-3-2022 10:08 AM | Show all posts |Read mode
Mahkamah Keadilan Antarabangsa perintah Rusia henti serangan segera

https://www.kosmo.com.my/2022/03 ... ti-serangan-segera/

Oleh Kosmo
18 Mac 2022, 10:00 am


Delegasi dari Ukraine menghadiri perbicaraan di Peace Palace, The Hague. - ICJ/Frank van Beek

THE HAGUE, BELANDA – Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada kelmarin mengarahkan Rusia untuk menamatkan segera perang ke atas Ukraine dengan menegaskan bahawa ia amat prihatin berhubung serangan berterusan Moscow, lapor agensi berita United Press International.

Pengumuman tersebut disifatkan sebagai ‘simbolik’ dengan ketiadaan wakil dari Kremlin bagi menghadiri prosiding tersebut.

Kerajaan Ukraine awal bulan lalu telah meminta mahkamah tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu untuk mengambil tindakan segera selepas Moscow menyerang Ukraine pada 24 Februari lalu.

“Persekutuan Rusia perlu dengan segera menghentikan operasi ketenteraannya yang bermula pada 24 Februari 2022 di wilayah Ukraine,” demikian menurut kenyataan mahkamah.

Tambah hakim, Rusia juga perlu memastikan bahawa tiada sebarang unit bersenjata yang dikawal atau disokong oleh Moscow boleh meneruskan operasi ketenteraannya seperti yang dinyatakan.

Jelas ICJ, Rusia dan Ukraine juga perlu mengelak daripada sebarang tindakan yang akan memburukkan lagi situasi perang.

Mahkamah bagaimanapun tidak mempunyai apa-apa cara untuk memaksa Moscow patuh kepada arahan tersebut. Dalam beberapa kes sebelum ini, terdapat negara-negara yang mengabaikan perintah itu.

Negara-negara yang enggan mematuhi perintah ICJ boleh dirujuk kepada Majlis Keselamatan PBB, di mana Rusia mempunyai kuasa veto.

Dalam pada itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy dalam satu kenyataan di Twitter menyambut baik ‘kemenangan’ tersebut.

“Ukraine memperoleh kemenangan sepenuhnya dalam kes melawan Rusia di Mahkamah Keadilan Antarabangsa. ICJ mengarahkan Moscow untuk menghentikan serangan.

“Perintah itu perlu dipatuhi di bawah undang-undang antarabangsa. Rusia perlu mematuhinya segera. Jika mengabaikan perintah itu, mereka akan terus dipulaukan dengan lebih teruk,” kata Zelenskyy.

Dalam pada itu, Kremlin pada semalam menolak perintah tersebut dengan menyatakan bahawa kedua-dua pihak perlu bersetuju sebelum perintah itu dilaksanakan. – AGENSI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2022 10:13 AM | Show all posts
Ko sape nak arah2 aku
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 10:16 AM | Show all posts
gitulah sis. Cer kalau negara Ukraine tu adalah negara Islam, hade diorang kezzah? Propa sangat yach
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat mana nk tgk gambar putin tersenyum sinis tu?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 11:13 AM | Show all posts
mmg perang ni x adil..russia je yg bom ukraine tapi ukraine x bom pun rusia
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 12:26 PM | Show all posts
Suchi replied at 18-3-2022 10:38 AM
Kat mana nk tgk gambar putin tersenyum sinis tu?


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2022 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
mahkamah ni senyap jer masa Palestin kena bom
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 12:29 PM | Show all posts
Toothless tiger.. semua pun korang dah buat sanction, supply weapon.. tinggal direct military intervention je belum buat... apa dia kesah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2022 12:32 PM | Show all posts
Ada diherannya kalau tak dari awal dah stop
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh, berbunyi pulak time ukraine..yg kat palestine, afghanistan etc2 ko bisu kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Palestine tuh dah 74 tahun, gang2 dorang buat2 tak nampak
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2022 04:06 AM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 18-3-2022 12:26 PM

Muka cruel sinis mcm daniel craig.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 03:20 PM GMT+8 , Processed in 1.367604 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list