View: 360|Reply: 0
|
[Tempatan]
Komanwel banyak menyumbang keharmonian sejagat
[Copy link]
|
|
Logo Komanwel.
Komanwel banyak menyumbang keharmonian sejagat
PUTRAJAYA – Sambutan Hari Komanwel 2022 meraikan jalinan persamaan, ikatan persahabatan dan sumbangan badan global itu dalam mewujudkan keamanan dan keharmonian sejagat.
Menurut kenyataan Wisma Putra, Malaysia dan 53 negara anggota yang lain menyambut Hari Komanwel 2022 sejajar dengan tema Mesyuarat Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) 2022.
“Ia berhasrat mentransformasikan seluruh Komanwel untuk menjadi masyarakat yang bertunjangkan nilai demokrasi, multilateralisme dan pembangunan mampan,” katanya di sini hari ini.
Hari Komanwel diraikan setiap tahun pada Isnin minggu kedua dalam bulan Mac dan kali ini sambutan bertemakan ‘Delivering a Common Future: Connecting, Innovating, Transforming.’
Organisasi yang ditubuhkan pada 1949 ini merupakan badan ketiga terbesar di dunia selepas Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dari segi keahlian.
Malaysia menjadi ahli Komanwel selepas kemerdekaan pada 1957 dan pernah menganjurkan CHOGM Ke-11 pada 1989 yang memperakui Deklarasi Langkawi mengenai Alam Sekitar.
Pada 1998, Malaysia muncul sebagai negara Asia pertama organisasi tersebut yang menjadi tuan rumah Sukan Komanwel dengan berjaya merangkul 10 emas, 14 perak dan 12 gangsa. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/03 ... eharmonian-sejagat/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|