CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 321|Reply: 0

[Sarawak] Tiada kekangan dalam pencapaian wanita

[Copy link]
Post time 10-3-2022 12:24 AM | Show all posts |Read mode


MIRI: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi jaminan bahawa tiada apa-apa dari segi perundangan yang akan dibiarkan untuk mengekang pencapaian kaum wanita.

Beliau berkata, apa-apa rintangan harus diketepikan supaya tidak akan menghambat kemajuan kaum wanita dalam pelbagai bidang.

Tegasnya, Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa berpegang kepada prinsip pemerkasaan wanita kerana golongan ini juga memainkan peranaan dalam pembangunan negara.

“Sebagai Ketua Kerajaan GPS, saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan GPS sentiasa berpegang kepada prinsip pemerkasaan wanita kerana wanita merupakan salah satu tonggak pembangunan yang amat penting merangkumi segala aspek pembangunan negeri dan negara.

“Terbukti Kerajaan GPS mempunyai kesungguhan dalam mengangkat martabat wanita apabila memasukkan komitmen untuk ‘Memperkasakan Penglibatan Wanita dalam Pembangunan Sarawak’ dalam Manifesto GPS pada PRN12 yang lepas,” katanya.

Abang Johari berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibaca Menteri Pembangunan Wanita, kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato’ Sri Fatimah Abdullah pada sambutan Hari Wanita Sarawak 2022 yang diadakan di sebuah hotel  terkemuka di sini, semalam.

Tambah Abang Johari, janji dalam manifesto tersebut bukan sesuatu kenyataan yang tidak berasas kerana sejak beberapa tahun kebelakangan ini, melalui Kementerian Pembangunan Wanita yang dipimpin Dato’ Sri Fatimah, Kerajaan Sarawak, antara lain telah melatih hampir 18,000 ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah dalam pelbagai kemahiran di Pusat Latihan Wisma Wanita (WWTC) sejak 2015.

Selain itu, katanya, Kerajaaan GPS meluluskan Geran Usahawan Wanita sebanyak RM3.5 juta yang memberi manfaat kepada 1,300 usahawan wanita untuk memulakan atau meningkatkan perniagaan mereka sejak 2018.

“Kita juga telah menaik taraf Biro Wanita kepada Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak bagi memperkasakan peranan wanita dalam dalam pembangunan sosioekonomi Sarawak dan melatih wanita sebagai Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum dan Ahli Majlis Tempatan.

“Bagaimanapun, usaha ini belum mencukupi, khususnya kepimpinan wanita di sektor awam dan sektor korporat dan usaha akan diteruskan supaya suatu hari nanti kaum wanita boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum lelaki seperti yang dijanjikan dalam Manifesto GPS,” ujarnya.

Turut hadir, Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Rosey Yunus.

Oleh LIONG CHAI LING


March 9, 2022

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.066141 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list