CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 292|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 08/03/2022

[Copy link]
Post time 9-3-2022 12:46 PM | Show all posts |Read mode





Sarawak rekod dua kematian, 1,902 kes baharu COVID-19

KUCHING: Sarawak merekodkan dua kematian dan 1,902 kes baharu COVID-19 hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi laporan hari ini berkata, dua kematian masing-masing direkodkan pada 5 Mac di Miri dan Kuching.

Katanya kematian di Miri melibatkan lelaki berusia 67 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit buah pinggang tahap akhir.

Sementara itu di Kuching, kematian melibatkan wanita berusia 83 tahun dan mempunyai penyakit darah tinggi dan dislipidemia.

Mengenai kes baharu semalam JPBNS memaklumkan daripada kes baharu itu, 1,891 kes adalah kategori satu dan dua manakala 12 kes adalah kategori tiga, empat dan lima.

Ia sekali gus menjadikan secara keseluruhan kes di Sarawak meningkat kepada 270,415 kes.

Daerah Kuching merekodkan kes harian tertinggi iaitu 754 kes diikuti Miri (217), Sibu (194), Bintulu (154), Samarahan (88), Serian (83) dan Bau (56).

JPBNS berkata manakala daerah-daerah lain merekodkan bawah 50 kes kecuali dua daerah iaitu Bukit Mabong dan Song tidak merekodkan kes baharu.

Mengenai notis kompaun, polis Sarawak telah mengeluarkan sembilan notis kompaun atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Kesemua sembilan notis berkenaan di Kuching atas kesalahan gagal mendaftar masuk ke dalam premis melalui aplikasi MySejahtera.

Dengan itu sehingga kini polis telah mengeluarkan 13,537 notis kompaun di seluruh Sarawak.


utusanborneo.com.my/2022/03/08

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-3-2022 12:47 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.075698 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list