CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 332|Reply: 0

[Sarawak] Langkah, tindakan tidak popular JPBB kurangkan kes COVID-19 di Bintulu

[Copy link]
Post time 4-3-2022 07:05 PM | Show all posts |Read mode


Jack (berdiri depan tengah), Syazwan (berdiri depan kanan) dan tetamu pada Malam Apresiasi tersebut.

BINTULU: Langkah dan tindakan yang diambil Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu, meskipun tidak popular malah menerima kritikan banyak pihak, berjaya mengekang, mengurangkan kes serta memutuskan rantaian penularan COVID-19 di sini.

Residen Bahagian Bintulu merangkap Pengerusi JPBB Bintulu Datu Jack Aman Luat berkata, jawatankuasa terbabit sebelum ini memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersasar, Prosedur Operasi Standard (SOP) Diperketatkan, operasi pengesanan kes aktif (ACD), sekatan jalan raya dan sebagainya yang tidak begitu popular.

Namun katanya, JPBB Bintulu tiada pilihan lain dan terbukti semua langkah yang dibuat telah memainkan peranan penting dalam pencegahan penularan pandemik terbabit.

“Sebanyak 85 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada industri Bintulu membabitkan minyak dan gas, termasuk taman industri di Samalaju, maka langkah yang diambil itu adalah untuk memastikan penularan pandemik tidak menjejaskan Bintulu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Malam Apresiasi bertemakan 'Mengembara ke Serata Dunia' anjuran Petronas Malaysia LNG Group of Companies di sini, malam Khamis.

Pada masa sama, Jack menyifatkan beberapa SOP yang diperkenal di sini memiliki persamaan dengan SOP Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dan kerajaan persekutuan di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Sama ada kebetulan ataupun mereka ikut, ia adalah antara inisiatif yang dilaksanakan sebelum SOP di Bahagian Bintulu diseragamkan mengikut SOP Sarawak,” jelasnya.

Beliau menghargai sokongan pelbagai pihak dalam dua tahun mencabar menghadapi pandemik COVID-19, khususnya Petronas dan unit operasinya MLNG, Petronas Gas, Petronas Carigali dan ASEAN Bintulu Fertilizer (ABF) yang turut membantu menyumbang kelengkapan perubatan.

“Sumbangan komputer riba untuk Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan mesin Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) untuk Hospital Bintulu merupakan antara bantuan yang kita terima bagi membantu mengawal penularan COVID-19," katanya.

Selain itu, pihaknya mewujudkan beberapa PPV untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) termasuk PPV Industri yang mendapat kerjasama Petronas dan pasukan pengurusannya serta PPV ladang sawit memastikan semua orang mendapat vaksin.

Jack berkata, pihaknya turut mewujudkan pusat kuarantin pesakit di bawah siasatan (PUI) dan individu bawah pengawasan (PUS) serta Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).

“Kita berterima kasih kepada Petronas dan beberapa syarikat industri minyak dan gas kerana memudahkan kita mengendalikan beberapa perkara termasuk sokongan pelbagai jabatan, agensi kerajaan negeri dan persekutuan semasa pandemik ini,” jelasnya.

Begitupun katanya, perang terhadap COVID-19 belum berakhir dan masih perlu kerjasama serta sokongan berterusan untuk memastikan pandemik ini dapat ditamatkan satu ketika nanti.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia LNG Group of Companies dan Petronas LNG 9 Sdn Bhd, Mohamed Syazwan Abdullah@Laga Jenggi berkata, kerjasama dan bantuan JPBB Bintulu telah membantu syarikat mengharungi cabaran dalam kerja baik pulih loji pada tahun lalu, membabitkan pekerja kontraktor dalam dan luar negara.

“Kerjasama itu memastikan kerja-kerja di loji dapat disiapkan dengan selamat serta tidak menjejaskan pengeluaran produknya.

“Peningkatan kes COVID-19 menjadi cabaran besar syarikat, namun dengan kerjasama JPBNS dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), cabaran itu dapat diatasi bersama seperti tahun sebelumnya,” katanya sambil berterima kasih kepada semua jabatan kerajaan atas sokongan kepada MLNG.

Hadir sama Pegawai Memerintah Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan Leftenan Kolonel Hadey Madera A. Hamid, Timbalan Pengarah Hospital Bintulu Dr Sivashunmugam Sangaran, Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu, DSP Dennis Bunyam dan wakil ketua-ketua jabatan.


utusanborneo.com.my/2022/03/04
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.655643 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list