CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 373|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 04/03/2022

[Copy link]
Post time 4-3-2022 07:01 PM | Show all posts |Read mode





COVID-19: Sarawak rekodkan 1,333 kes baharu, satu kematianKUCHING: Jumlah kes jangkitan harian COVID-19 di Sarawak terus meningkat apabila 1,333 kes baharu direkodkan, hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memberitahu, pertambahan jumlah itu menjadikan kumulatif kes meningkat kepada 264,956 kes.

Menurutnya, daripada jumlah itu, Kuching terus merekodkan jangkitan harian tertinggi iaitu 548 kes.

"Ini diikuti Miri sebanyak 198 kes, Sibu (184), Bintulu (76), Sarikei (44), Serian (43), Kota Samarahan (34), Bau (29), Limbang (26), Mukah (20), Matu (17), Lawas (14), Betong (13), manakala Sri Aman dan Dalat masing-masing merekodkan 10 kes.

"Selain itu, sembilan kes direkodkan di Meradong, Marudi (7), enam kes masing-masing dilaporkan di Kapit dan Saratok, manakala lima kes di Pusa.

"Empat kes pula masing-masing dilaporkan di Lundu, Kanowit, Subis, Lubuk Antu, tiga kes di Song, dua kes masing-masing di Daro, Kabong, Julau, Asajaya dan Pakan, manakala Tatau, Simunjan, Sebauh, Bukit Mabong dan Tebedu masing-masing merekodkan satu kes," kata JPBNS menerusi kenyataan hari ini.

Jelas JPBNS, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 552 kes membabitkan Kategori 1 (tiada gejala), manakala 775 kes Kategori 2 (gejala ringan).

Katanya, dua kes melibatkan Kategori 3 (jangkitan paru-paru) dan empat kes membabitkan Kategori 5 (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator).

Sementara itu, JPBNS melaporkan terdapat satu kematian baharu direkodkan pada 28 Februari lalu.

"Kematian melibatkan seorang wanita berusia 35 tahun di Limbang dan setakat ini, tiada sejarah dan latar belakang penyakit diketahui," jelasnya.

Pada masa yang sama, tiada kluster baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah kluster aktif di Sarawak kekal empat.

Mengenai laporan notis kompaun, polis telah mengeluarkan 12 kompaun di Kuching atas kesalahan gagal mendaftar masuk ke premis melalui aplikasi MySejahtera.

Penambahan 12 kompaun itu menjadikan jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan setakat ini sebanyak 13,500 kompaun.


utusanborneo.com.my/2022/03/04

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-3-2022 07:02 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.051347 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list