CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 276|Reply: 0

[Sarawak] Cuba sogok anggota PGA, tekong bawa 47 warga asing ditahan

[Copy link]
Post time 4-3-2022 02:47 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 4-3-2022 06:49 AM



DITAHAN: Semua individu termasuk warga asing yang ditahan dalam pemeriksaan di RCP Kalabakan.

KALABAKAN: Seorang lelaki dipercayai tekong yang membawa 47 warga asing ditahan selepas cuba memberi sogokan kepada petugas di Pusat Pemeriksaan Daratan (RCP) Kalabakan, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan tujuh kenderaan yang membawa kesemua warga asing terbabit.

Bagaimanapun, tekong warga tempatan berumur 52 tahun terbabit dikatakan cuba memberikan wang sebanyak RM1,650 dipercayai sebagai dorongan untuk pihak berkuasa melepaskan mereka.

Pasukan keselamatan terus menahan lelaki terbabit yang bertegas dengan sogokan tersebut walaupun telah beberapa kali diberi amaran.   

Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA Tawau, Superitenden Mohd Yacob Murad berkata tangkapan berkenaan membabit 53 individu berumur dua hingga 80 tahun.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati seramai 26 individu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah, 21 lagi memiliki passport manakala enam mempunyai kad pengenalan warganegara Malaysia.

“Hasil soal siasat, semua suspek dipercayai bergerak dari Kuala Penyu menghala ke Tawau melalui jalan Sapulut-Kalabakan.

“Semua warga asing terbabit dipercayai mahu pulang ke negara asal selepas kontrak pekerja di sebuah ladang getah di negeri ini tamat,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Mohd Yacob berkata, semua individu terbabit ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, pasukan keselamatan turut merampas wang tunai dan tujuh kenderaan yang dianggarkan berjumlah RM487.650.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 26J Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

“Selain itu, turut disiasat mengikut Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63,  Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/03/04
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.059252 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list