View: 1277|Reply: 8
|
Tak Sabar Tarik Pelancong, Diana Danielle Dilantik Sebagai Duta Traveloka
[Copy link]
|
|
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyanyi Diana Danielle kerana baru sahaja dilantik Traveloka sebagai duta jenama untuk Malaysia sempena ulang tahun ke-10nya di Asia Tenggara.
“Diana Danielle mempunyai ciri-ciri serasi dengan jenama Traveloka kerana kecenderungannya untuk memilih aktiviti pelancongan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaannya.
"Dia juga menunjukkan semangat keluarga Malaysia dengan mengutamakan orang tersayang dan memastikan keselamatan mereka terjamin.
"Kami akan berusaha bersama Diana untuk meningkatkan minat pelancong tempatan dan asing jatuh untuk meneroka Malaysia semula,” kata Angelica Chan, Pengurus Besar, Traveloka Malaysia.
Sementara itu, Diana Danielle baru-baru ini menerima Anugerah Pilihan Rakyat – Selebriti Terbaik Tahun Ini di Top 100 Talent Awards dan Malaysia Fashion, Modelling and Pageant Awards 2021.
Kredit foto: IG Diana
“Saya benar-benar berbesar hati dengan pelantikan ini. Aktiviti pelancongan merupakan salah satu cara untuk saya dan keluarga saya mencipta kenangan dan telah menjadi bahagian penting dalam kehidupan keluarga kami.
"Industri pelancongan adalah antara industri yang paling terjejas semasa sorotan wabak Covid-19 dan saya tidak sabar untuk memainkan peranan saya dalam membantu Malaysia membina semula industri pelancongan melalui Traveloka,” kata Diana.
Sumber: Murai
|
|
|
|
|
|
|
|
Kau Traveloka,
Tak ada perempuan lain ke selain minah ini?
|
|
|
|
|
|
|
|
Btw dia kan orang biasa kata diani sakit jiwa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cantik jugak DD nie |
|
|
|
|
|
|
|
Suka dengar tengok dia mengacara kt travelogue Truly Malaysia ke apa kt astro channel 704 kot..
Tapi tak Minat langsung bab2 dia suka merentan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tania d |
|
|
|
|
|
|
|
Iols.konpius.trivago n travelogue
Hahahaha
Taniya dd |
|
|
|
|
|
|
|
traveloka ni kdang2 best gak offer dia
tp xbnyk nampak promtion diorg dkt mane2
pernah skali msuk kupon itu ini dpat rm100 je utk 3 malam bilik dkt langkawi
pastu pernah gak dapat tiket waterpark dewasa a famosa rm17 je
so kene kerap2 tgk jugak promo diorg |
|
|
|
|
|
|
|
cantik, talented, pandai belakon, suara sedap, muka commercial, tapi itulah... asal merentan je acah2 rebel, acah2 memberontak lah...pastu tok laki buat hal, sian sheols kena buat banyak job..kurus kering dah.. sian... harap sheols aman-aman jah untuk masa hadapan... genetik sheols terlalu cantik & kacak untuk dipersiakan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|