CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5938|Reply: 49

Ashira Kena Kumpul RM30,000 Wakili Malaysia Ke Pertandingan Bertaraf Dunia

[Copy link]
Post time 21-2-2022 08:30 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Ashira Aziz tidak menyangka terpilih mewakili Malaysia ke pertandingan bertaraf dunia, World Champions Of Performing Arts (WCOPA) yang diadakan di Amerika Syarikat (AS) pada Julai nanti.


Ashira atau nama lengkapnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 37, ketika dihubungi Kosmo! Online gembira apabila berjaya melepasi uji bakat, sekali gus terpilih mewakili negara dalam kategori ‘Vocal Senior’ dalam pertandingan tersebut.




Kredit foto: IG Ashira




“Alhamdulillah rezeki. Saya sangat gembira dan bersyukur apabila terpilih untuk bertanding di AS bagi kategori Vocal Senior.  Awalnya, saya sekadar suka-suka sertai uji bakat dan tidak sangka terpilih.


“Saya baru dapat tahu semalam selepas diumumkan terpilih mewakili Malaysia bersama empat lagi peserta lain,” ujarnya.


Walaupun gembira kerana bakal membawa nama Malaysia ke pentas dunia, pelantun Di Ombak Resah itu ‘pening kepala’ kerana perlu mencari dana sendiri sekitar RM30,000 untuk perbelanjaan dan persiapan ke AS pada Julai nanti.








“Sekarang ini saya kena cari dana sendiri untuk perbelanjaan ke AS. Saya sedang menunggu surat sokongan dan perlu berusaha untuk mengumpul dana sekitar RM30,000.


“Saya hara pada yang sudi untuk membantu saya mengumpul dana. Saya ke AS pun untuk bertanding dan membawa nama Malaysia. Pada sesiapa yang percaya pada bakat saya, harap dapat membantu,” katanya.


Menganggap peluang terpilih menyertai pertandingan WCOPA cuma datang sekali dalam seumur hidup, bekas peserta program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) itu berharap dapat melakukan yang terbaik ketika pertandingan.


“Terima kasih semua yang mendoakan urusan saya dipermudahkan. Syukur alhamdulillah,” katanya.




  



Sekadar info, selain Ashira, beberapa nama penyanyi terkenal negara juga pernah mengharumkan nama Malaysia di pertandingan WCOPA antaranya Allahyarham Siti Sarah yang menyumbang tiga pingat emas untuk Malaysia, Bob Yusof (lima emas), Asmidar (tiga emas, tiga perak dan dua gangsa) dan Aina Abdul (Vocalist of the World).




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2022 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian ko dik. 30K tu baik la ko sara diri ko dan laki ko tu.know your priority la.sume org tahu keadaan ko cemana
Tp kalo ko nk sangat pi US sana, cari je la dana tu smpi dapat
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2022 08:45 PM | Show all posts
tahniah.........cepat2 p
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2022 09:00 PM | Show all posts
takyah la kot... kalau pergi heshe dapat apa kat sana nanti?

kalau takde dapat apa takyah la pergi...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2022 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Stkt vokal sheols pn boleh jd wakil malaysia ke US? Nampak sgt pertandingan ni pn mmg sendu. Dh xda wakil msia yg hebat2 nak masuk bertanding sbb kena keluar bajet sendiri. Mana mau nya?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2022 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Wcopa ni low class ala2 scammer je... Selalu sgt penyanyi malaysia menang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2022 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Suara dia biasa2 jeee
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2022 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak menang dapat bawak balik hadiah apa? Trofi n cert je ke? Hmm tak payahlah.. kalau ade 30k tu baik setup small bisnes bagi duit beranak... Apply lesen stall kat majlis, jual air kopi viral ala  setabak ke, jual sarapan pagi ke , dia masak nasi lemak je pastu kuih2 yg lain guna sistem vendor , takpun  jual sambal hitam ke, sambal gesek ke.. apa2 lah yang boleh dapat duit hari2... Kau pergi sana even kau menang pun berapa tahun je nama kau dijulang2... Lagilah dengan kesuraman industri hiburan sekarang ni ,  setahun dua lagi merudum balik dik.... Cari lah sesuatu yg lain untuk survival hidup..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2022 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Xyah la acik shira oiiii... membazir dana je. Anugerah pun mcm scam. Better uols cari duit 30k tu utk sara laki uols..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2022 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
cicicumel replied at 21-2-2022 02:20 PM
Wcopa ni low class ala2 scammer je... Selalu sgt penyanyi malaysia menang...

I pn nk cakap mcm ni. Rse ni mmg scammer lah
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2022 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Mintak budak2 twidder yang maha pemurah tu
Weols banyak lagi komitmen
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2022 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
deja vu ngat...sblm ni mcm dah ada yg tagih derma nak perform kat acara pprt kokesen nih, lupa sape makhluk tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2022 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Halah halah, dah byk nau2 penyanyi Malaysia menang aihhh. Dpt apa?? Kalau tanya kau skrg pun, kau tak ingat siapa yg dah menang kan? Lainlah menang dpt tanah ke, rumah ke, laki baru tanpa diabetes ke..
Takpayah laaaa. Bkn Olimpik pun. Athletes Olimpik pun merana aihhh. Kau kan suka jadi hamba laki ko yg cerewet mcm2 tu. Baik ko teruskan je cari duit utk laki ko tu. (mode Meols zalim)
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2022 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
nangis dia baca komen2 uols
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by red_velvet at 22-2-2022 08:07 AM

Deleted
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Artis2 malaysia kalau dpt bertanding kat singapore pon menggelupur mcm wakil kat oscar atau grammy awards.bodoh dah tak mampu tak payahlah sibuk nk bertanding.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2022 08:35 AM | Show all posts
tok vida ada.. dulu pernah sekali tok vida kata nak tolong ahira..tak mau ashira basuh pinggan lagi
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Bkn Norish Karman pun pernah menang ke dkt pertandingan ni dulu?... Lucu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 09:16 AM | Show all posts
30k tue, baiklah ko setup biz utk sara family.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 09:18 AM | Show all posts
Cintakapuri replied at 21-2-2022 10:38 PM
I pn nk cakap mcm ni. Rse ni mmg scammer lah

memang scammer pun... orang masuk sekadar nak bagi anugerah yang piala pun sedih dan certificate pun sedih jugak printing dia...

sekarang ni anjur anugerah lagi masyuk dari berbisnes... satu kerusi berpuluh K kena bayar...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 74857 Replies : 40
Memang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk macamni ke?
akido_kidoMemang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk m
Views : 21265 Replies : 13
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44226 Replies : 610
"Fantastic!" - Pelabuhan Kelang Jadi Tong Sampah Amerika ~ Hah Tepokk!
borne"Fantastic!" - Pelabuhan Kelang Jadi Ton
Views : 1169 Replies : 1
PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHAN HUBUNGAN PERIBADI DAN TUNTUTAN WANG PERTUNANGAN
Skyline_84PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHA
Views : 4648 Replies : 7
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15212 Replies : 7
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366912 Replies : 3564
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 39294 Replies : 88
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58322 Replies : 1101
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35868 Replies : 27

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.070771 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list