CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1862|Reply: 15

Akhirnya mural Sudirman siap dilukis di Chow Kit Road

[Copy link]
Post time 18-2-2022 05:11 PM | Show all posts |Read mode
Lukisan wajah Sudirman di Jalan Chow Kit


Lukisan mural dipanggil Legend Of Sudirman di lokasi Konsert Chow Kit Road dilukis oleh Syamsul sejak pertengahan bulan lalu. - NSTP/Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: Pelukis mural, Syamsul Haffiz Addenno, 30, bertuah dapat melukis lukisan wajah ikonik, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad di dinding bangunan berhampiran di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.

Lokasi sama juga menjadi saksi Penghibur Nombor Satu Asia itu mengadakan Konsert Chow Kit Road pada 14 April 1986 dengan kehadiran 100,000 penonton yang terdiri dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat.

Syamsul berkata, dia bersama dua lagi rakan pelukis mural terpilih menjayakan projek Chow Kit Art Sanctuary yang diusahakan oleh Adzarul Buqary.

"Lukisan mural dipanggil Legend Of Sudirman dilukis sejak pertengahan Januari lalu. Namun, ia akhirnya berjaya disiapkan semalam. Jika ikutkan jam, saya mampu menyiapkan lukisan ini dalam tempoh seminggu, tetapi saya mempunyai komitmen kerja lain.

"Saya sendiri seperti tidak percaya lukisan mural ini dapat disiapkan. Ada dua lagi lukisan mural membabitkan pelukis lain akan dimulakan, tidak lama lagi.

"Melihat hasil kerja sendiri, saya seronok kerana kawasan Chow Kit tidak banyak lukisan mural dilukis. Jadi, ini mungkin permulaan baik untuk menjadi tarikan ramai," katanya kepada BH Online.

Syamsul berkata, dia juga sangat takjub dengan projek berkenaan.

"Cabaran dan keterujaan dirangkumkan dalam penghasilan lukisan ini. Tambah pula, saya menghasilkannya seorang diri. Namun, segala kepenatan dan cabaran berbaloi melihat lukisan mural tersergam jadi pandangan orang ramai," katanya.

Katanya, projek lukisan wajah ikonik itu juga dilihat dapat membuka mata generasi baharu yang sudah tidak mengingati penghibur genap 30 tahun jasanya disemadikan.

"Hasil karya dan pencapaian arwah Sudirman tetap dikenang sampai bila-bila," katanya.

Di akhir bicara, pelajar jurusan Seni Halus dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam berterima kasih kepada Adzarul Buqary kerana memilihnya terbabit dalam projek itu.

"Selepas tujuh tahun menjadi pelukis sepenuh masa, lukisan ini tentunya menjadi kenangan bermakna dalam kerjaya saya," katanya.

Lukisan wajah ikonik arwah Sudirman itu antara projek di bawah tajaan Pemulihan Agensi Pembangunan Ekonomi Budaya Malaysia (CENDANA), My Creative Venture dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

https://www.bharian.com.my/hibur ... n-di-jalan-chow-kit


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2022 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
bila mural tokti nk dilukiskn pulokk?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
i Google psl konsert kt chow kit ni, dahsyat gak eh..penuh jalan..ada yg smpi panjat2 pokok..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik, tapi dalam bebanyak gambar sudirman yang herlokkk theyols pilih posing yang ni, choiii k


Btw masih tak boleh lupa cinki yang pergi vandalisme mural tahun 2020 tu tak pasal2 mural tu kena padam terus. Bukan senang nak lukis nyah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 18-2-2022 05:41 PM
i Google psl konsert kt chow kit ni, dahsyat gak eh..penuh jalan..ada yg smpi panjat2 pokok..

Tu la, mana tak penuh kan dah ler lagu heols sedap2... Even lagu merdeka tu pun yang heols nyanyi je orang hengat dan masing di dendangkan... Yang baru2 semua di who r yusss kan saja...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama tak pergi pasar chow kit semenjak ada covid wuhan ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2022 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 18-2-2022 05:48 PM
Dah lama tak pergi pasar chow kit semenjak ada covid wuhan ni

Dan2 la lama tak pergi chow kit kan.
Padahal ko memang meniaga kat chow kit kan @kurex
Done fitnah kurex

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by miss_curious at 15-8-2023 08:01 PM

Unrelated  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2022 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by aammyy at 17-8-2023 09:33 AM

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
aammyy replied at 18-2-2022 10:09 PM
Lahh orang yg sama ke? Eww. Muka dh la mcm budak2. Buat perangai tak semenggah. Tiberr OT.

Yes chuols orang yang sama..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 18-2-2022 05:48 PM
Dah lama tak pergi pasar chow kit semenjak ada covid wuhan ni

Sama chuolls lama tak g kedai jamu temu lawak segala bagai tuh teman member kelempok meolls yachhh
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
GegarVaganja replied at 18-2-2022 08:46 PM
Dan2 la lama tak pergi chow kit kan.
Padahal ko memang meniaga kat chow kit kan @kurex
Done fitnah ...

Heyyy.. dah lama tak niaga dekat coket. Skrg ni niaga dlm rumah sendiri je. Mudah & jimat
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleharmonic replied at 19-2-2022 12:54 AM
way back sebelum bumble date lagi heshe dah menyetan lahanat katanyerr. apa noreen sangat perangai ...

Salam,

Sila delete comment dan screenshot ini. Kenyataan yang telah dibuat oleh account di dalam screenshot itu telah terbukti sebagai kenyataan yang berniat jahat dan palsu. Sila padamkan comment ini berserta dengan screenshot yang di lampirkan. Terima Kasih.

Laporan Polis dan juga Tindakan Undang-Undang akan diambil sekiranya account ini ataupun pengurus laman web tidak mengambil tindakan dengan serta merta. Terima Kasih
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
miss_curious replied at 18-2-2022 09:47 PM
Unrelated tapi nama pelukis Adzarul Buqary tu tengah naik dekat twitter sebab bumble date gone wrong ...

Salam,

Sila delete comment dan screenshot ini. Kenyataan yang telah dibuat oleh account di dalam screenshot itu telah terbukti sebagai kenyataan yang berniat jahat dan palsu. Sila padamkan comment ini berserta dengan screenshot yang di lampirkan. Terima Kasih.

Laporan Polis dan juga Tindakan Undang-Undang akan diambil sekiranya account ini ataupun pengurus laman web tidak mengambil tindakan dengan serta merta. Terima Kasih
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
miss_curious replied at 18-2-2022 10:36 PM
Yes chuols orang yang sama..

Salam,

Sila delete comment dan screenshot ini. Kenyataan yang telah dibuat oleh account di dalam screenshot itu telah terbukti sebagai kenyataan yang berniat jahat dan palsu. Sila padamkan comment ini berserta dengan screenshot yang di lampirkan. Terima Kasih.

Laporan Polis dan juga Tindakan Undang-Undang akan diambil sekiranya account ini ataupun pengurus laman web tidak mengambil tindakan dengan serta merta. Terima Kasih
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
aammyy replied at 18-2-2022 10:09 PM
Lahh orang yg sama ke? Eww. Muka dh la mcm budak2. Buat perangai tak semenggah. Tiberr OT.

Salam,

Sila delete comment dan screenshot ini. Kenyataan yang telah dibuat oleh account di dalam screenshot itu telah terbukti sebagai kenyataan yang berniat jahat dan palsu. Sila padamkan comment ini berserta dengan screenshot yang di lampirkan. Terima Kasih.

Laporan Polis dan juga Tindakan Undang-Undang akan diambil sekiranya account ini ataupun pengurus laman web tidak mengambil tindakan dengan serta merta. Terima Kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.082432 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list