CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 301|Reply: 0

[Sarawak] Kreativiti dan sudut pandang baharu

[Copy link]
Post time 17-2-2022 07:39 AM | Show all posts |Read mode



Bimbingan Cerpen

MALAYSIA, dan seluruh dunia, belum bebas sepenuhnya daripada virus COVID-19 yang entah bila akan berjaya dihapuskan secara tuntas. Perintah Kawalan Per- gerakan yang mematuhi syarat Prosedur Operasi Standard selama dua tahun, menyebabkan sebahagian besar rakyat terpaksa melakukan kerja dari rumah. Bekerja dari rumah bukanlah hal yang menyeronokkan.

Ada jiwa yang tertekan, mengalami gangguan mental dan dengan nekad menamatkan hayat diri sendiri. Lebih mencemaskan lagi, muncul pula serangan sampingan yang dipanggil gelombang varian Omicron.

Apakah suntikan demi suntikan yang diambil mampu menangkis serangan penyakit yang menakutkan itu? Sehingga kini masyarakat telah mematuhi nasihat dan anjuran yang dicadangkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia demi melindungi diri sebagai ikhtiar. Tidak kurang juga, ada segelintir yang menentang program suntikan atas alasan-alasan yang bersifat spekulasi terhadap vaksin yang digunakan. Namun kerajaan lebih mengutamakan nyawa rakyat dan sentiasa memperingatkan bahawa langkah-langkah yang diambil sudah dikaji dengan mendalam. Kerajaan tidak akan melayan pelbagai teori liar di media sosial yang bertujuan menakut-nakutkan masyarakat. Siapakah yang benar dan siapakah yang salah?

Beriringan dengan isu semasa yang masih panas, cerpen pada kali ini, Mod Kuarantin, tulisan Benjamin Asin, cuba membawa perspektif baharu dengan gaya sains fiksyen untuk mempersembahkan betapa rumit dan canggihnya virus COVID-19 yang menyerang sistem imuniti manu- sia. Virus yang masih baharu itu, bukan sahaja sukar dikesan cara sebaran dan jangkitannya, malahan telah bermutasi semasa proses pembiakan dalam badan yang dijangkiti. Apabila ramai yang dijangkiti, maka besarlah kemungkinan untuk berlakunya mutasi dan terhasilnya varian baharu (Astro Awani, 3 Disember 2021). Lalu apa alternatif dan ikhtiar dilakukan pakar perubatan dalam mengendali kes demikian? Memakai pelitup muka, membersihkan tangan dengan sabun secara kerap dan penjarakan fizikal ialah kaedah yang terbaik pada masa ini untuk menghindari jangkitan virus COVID-19. Kos untuk pembelian vaksin pula menagih transaksi yang besar jumlahnya. Hal itulah yang membingungkan semua ahli per- ubatan dan penghuni dunia. Kehidupan yang sentiasa ber- kecamuk dengan pelbagai masalah kini bertambah mengerikan apabila munculnya pandemik yang tidak diduga itu.

Dalam cerpen Mod Kuarantin, pengarang telah melakukan eksperimen melalui watak utamanya yang berjuang membasmi serangan COVID-19. Leftenan AstroZeneca dijadikan watak utama sebagai pejuang di barisan hadapan (Unit Palang Vaksin). Melalui imaginasi kreatif, kita diperlihatkan beberapa orang ahli pasukan hadapan sedang berkawal di pelbagai kawasan seperti yang diarahkan oleh pihak pemerintah. Hukuman dikenakan kepada sesiapa sahaja yang ingkar kepada arahan. Namun, musuh (iaitu virus COVID-19) bermutasi, terbang bersama- sama dengan arah tiupan angin, lalu tersebar melalui hidung atau mulut hingga menyebabkan rakyat seolah-olah bagaikan mayat hidup. Tidak berasa bebas dan seperti banduan yang terpaksa patuh dengan setiap langkah ke- selamatan yang ditetapkan. Paling menghairankan, ada rakyat yang tidak terkena impak daripada virus COVID-19 apabila berada di luar, bahkan keadaannya seperti orang normal. Keadaan menjadi sebaliknya tatkala memasuki rumah. Ada yang mengalami perubahan aneh pada badan, hingga menyebabkan mereka pengsan dan terpaksa ditidurkan untuk mati. Bukan seumpama luka atau bisul yang nampak dalam pandangan mata kasar, koronavirus yang mencengkam dunia hanya mampu dikesan melalui mesin pengimbas yang diletakkan di beberapa buah premis penting.

Peperangan dengan pihak musuh yang bersifat halimunan menyukarkan misi Leftenan AstroZeneca bersama-sama dengan Leftenan Pfizero di bawah pimpinan Jenderal Ismail Sabru, Ketua Komander Kem Pertahanan Wilayah Darul Hana. Musuh mereka diberi nama Wilayah Tembok Barat, telah mencipta pula sistem halimunan dan itulah yang merumitkan misi peperangan. Siapakah pihak tentera dari Wilayah Barat yang menghasilkan teknologi baharu dilengkapi penawar untuk menentang ancaman dari Wilayah Tembok Besar? Saya fikir, ia mewakili maksud-maksud tertentu andai dikaitkan dengan punca-punca tersebarnya gejala COVID-19 bermula pada November 2019 di China.

Sesudah itu, senario semasa dunia menjadi berbeza sama sekali. Pandemik Covid-19 bagaikan terlalu liat untuk dibasmi. Sementara para pakar perubatan berikhtiar mencari jalan terbaik untuk meng- hentikan wabak maut itu, secara mengejut pula, timbul varian Omicron menambahkan mimpi ngeri buat manusia. Adakah vaksin yang disuntik belum berkesan sepenuhnya? Hal itulah ingin dibayangkan oleh Benjamin Asin melalui cerpennya.

Leftenan AstroZeneca dipilih oleh Ketua Komander Kem Pertahanan Wilayah Darul Hana untuk berhadapan dengan tentera musuh – virus COVID-19. Berdasarkan paparan skrin maklumat baharu, kononnya dalam badan Leftenan AstroZeneca memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain. Jenderal Ismail Sabru menyatakan bahawa sistem pertahanan yang dimiliki oleh Leftenan AstroZeneca mampu bertahan selama enam bulan dalam misi menangkis serangan daripada pihak musuh. Demikianlah bagaimana bermulanya Leftenan AstroZeneca dilantik sebagai Pasukan Tentera pada tahun 2018 di United Kingdom. Dan kini tugas pentingnya ialah mempertahankan keamanan Wilayah Darul Hana daripada ditembusi oleh serangan virus COVID-19 yang sehingga saat ini payah dimusnahkan. Leftenan AstroZeneca menjadi senjata rahsia dengan harapan mampu melawan sistem pertahanan daripada pihak musuh yang tidak kelihatan itu bermaharajalela di Wilayah Darul Hana.

Maka berangkatlah Leftenan AstroZeneca ke Wilayah Darul Hana bersama-sama dengan Leftenan Pfizero dan pakar seni mempertahankan diri kung fu bernama Leftenan Sinovaco.
Sudah jelas, ketiga-tiga nama yang dipilih oleh Benjamin Asin merupakan nama-nama jenis vaksin yang digunakan dalam program suntikan negara dalam usaha menjaga diri daripada wabak virus COVID-19. Leftenan AstroZeneca dilengkapkan dengan pakaian keselamatan sebagai penangkis senjata pihak musuh, perisai vaksin dan menggunakan mesin laser disinfeksi.

Walaupun disediakan dengan mod kawalan dan mod pengimbas, sukar buat Leftenan AstroZeneca untuk mengagak keberadaan pihak musuh yang bakal muncul dari pelbagai arah tanpa mampu dilihat secara zahir. Namun bagaimana mereka berperang? Secara virtual/maya?

Pada babak inilah, kreativiti memainkan fungsinya. Pengarang menggambarkan melalui imaginasi yang direka sebagai- mana yang dipaparkan melalui petikan ini,
[size=0.8125em]Oleh ROSLAN JOMEL


Utusan Sarawak February 16, 2022

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.060052 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list