CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 366|Reply: 0

[Sarawak] Bekas guru besar lepas, bebas pertuduhan salah guna kuasa

[Copy link]
Post time 16-2-2022 10:18 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Mahkamah Rayuan di sini pada Isnin melepas dan membebaskan seorang bekas guru besar sekolah rendah daripada pertuduhan menyalahgunakan kuasanya iaitu terlibat dalam proses tender untuk membekalkan makanan tambahan kepada sekolah.

Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh sidang panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Ravinthran Paramaguru dan Datuk Darryl Goon Siew Chye terhadap perayu, Ismail Idris, 63.

Mahkamah Rayuan dalam keputusan lisan mereka antara lain menyebut bahawa tiada bukti yang menunjukkan perayu telah menggunakan kedudukannya sebagai guru besar untuk memilih atau mencalonkan syarikat catering milik isterinya untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di SK Gita No 2 Kuching.

Mengikut keterangan kes, perayu yang merupakan ahli jawatankuasa tender, telah memutuskan perjanjian dengan syarikat kontraktor untuk membolehkannya memenangi bidaan tender pada Jun 2016.

Kontrak bekalan makanan bernilai RM89,190 adalah untuk tempoh kontrak dari Julai hingga November 2016.

Perayu juga dikatakan berjanji kepada kontraktor bahawa ia boleh memenangi satu lagi kontrak berpotensi pada 2017.

Terdahulu, perayu dituduh mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Mahkamah Sesyen di sini bagaimanapun melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan tersebut susulan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes tanpa keraguan munasabah selepas pembelaan dipanggil.

Atas rayuan oleh pihak pendakwaan, Mahkamah Tinggi mengubah keputusan Mahkamah Sesyen itu pada 29 Mei 2020.

Perayu sebaliknya didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM430,950 atau 6 bulan penjara sekiranya gagal membayar denda.

Perayu diwakili peguam Fadzillah Osman, Osman Ibrahim, Nurartiqah Kulah dan Ernie Natacha manakala Timbalan Pendakwa Raya Eyu Ghim Siang bertindak selaku pihak responden.


utusanborneo.com.my/2022/02/16

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.066282 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list