CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 277|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki disyaki anggota kumpulan samseng ditangkap selepas dua tahun diburu

[Copy link]
Post time 16-2-2022 09:59 PM | Show all posts |Read mode


DITANGKAP: Suspek (depan tengah) dibawa ke Balai Polis Pusat Miri selepas berjaya ditangkap pada 9 Februari lalu.

MIRI: Selepas menjadi buruan polis sejak dua tahun akhirnya seorang lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dengan kegiatan kumpulan samseng berjaya ditangkap pada 9 Februari lalu.

Menurut sumber, suspek berusia 34 tahun itu ditangkap di hadapan sebuah bistro di Jalan Brighton di sini kira-kira jam 10.30 malam.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Miri pergi ke lokasi untuk mengesan suspek yang dipercayai terlibat dengan kegiatan jenayah di daerah Miri.

“Suspek kemudiannya ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan selanjutnya,” kata sumber, di sini hari ini.

Sumber berkata, suspek disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 kanun yang sama.

Difahamkan suspek dikehendaki polis setelah disyaki melakukan kegiatan jenayah kekerasan seperti mengugut, merosakkan harta benda dan mengganggu ketenteraman awam di sekitar daerah Miri.

Kata sumber, suspek bersama rakan subahatnya yang lain yang telah ditahan terdahulu dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Miri pada Selasa.


utusanborneo.com.my/2022/02/16

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.291372 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list