Baru-baru ini tular video dikongsikan oleh seorang wanita di aplikasi TikTok yang berdepan perkara menggelikan apabila ketika makan ayam goreng yang dibelinya masih mempunyai najis.
Menerusi video itu, turut dikongsikan apabila dipicit ayam goreng berkenaan keluar najis yang mengandungi dedak jagung makanan ayam.
Kata wanita itu lagi, sebaik sahaja melihat najis tersebut, dia terus muntah-muntah dan loya disebabkan ayam goreng berkenaan.
Menurutnya lagi, kuah kicap yang disediakan memang sedap tetapi tidak peka dalam soal kebersihan terutama ayam yang disediakan. Katanya lagi, bahagian ayam yang diterimanya itu dipercayai pundi ayam.
Sementara itu, di ruangan komen wanita itu memberitahu ayam goreng tersebut bukan dibeli daripada Tiga Budak Gemuk sebaliknya di 3bg Cawangan PPR SG Bonus.
Susulan video tular itu, pemilik asal jenama Tiga Budak Gemuk menjelaskan perkara sebenar. Menerusi video dikongsikan pemilik jenama itu memberitahu ada perniagaan menggunakan nama 3bg Ayam Kicap Sambal Power yang menjual makanan sama dengan syarikatnya.
Katanya lagi, hasil siasatan mendapati perniagaan itu dijalankan oleh bekas suami salah seorang pemilik Tiga Budak Gemuk.
Jelasnya lagi, perniagaan 3bg kini semakin meluas sekaligus menimbulkan kekeliruan orang ramai dalam masa sama menjatuhkan reputasi Tiga Budak Gemuk. Difahamkan, syarikat Tiga Budak Gemuk telah mengarahkan peguam mereka untuk menfailkan writ saman. -CARI
Post time 16-2-2022 07:31 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by dua_chzy at 16-2-2022 11:33 AM
Oh. Akak pernah terambik di kafe U dulu, ikan talapia, yang masih hada isi perut. Ko belah ja perut membuak2 kuar air macam lumpur ha, celaka. Pehtu di gerai makan dekat UiTM Slengo tu, pernah terambik ikan pari bau dan rasa dah rancid nak mampus serupa bau cecair pencuci lantai.
Halal toyibban la sangat. Sepengotor2 Cina selet berak tak cabuk, belum pernah akak terambik haiwan dimasak yang dah spoiled atau tidak dibersihkan betul2.
pedal ayam ni
ni mesti tak belah dulu terus basuh je seketul mcm tu mana nak cucinya
aku dulu pun tak tahu mcm mana nak bersihkan pedal bila mak aku ajar baru lah tahu
tp bebudak jgn suka mkn pedal nnt masa nak sunat liat