CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5383|Reply: 60

Nana Mahazan Menangis Setiap Hari Tengok Muka Penuh Jerawat

[Copy link]
Post time 16-2-2022 09:21 AM | Show all posts |Read mode
Memasuki industri seni menerusi program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim pertama, Nana Mahazan tidak terkilan apabila rezeki beralih ke bidang pengacaraan.


Malah, pemilik nama penuh Nurul Hana Che Mahazan bersyukur bidang pengacaraan juga memberi dia lebih keyakinan dalam memasuki dunia perniagaan dengan produk kosmetik dan makanan jenamanya.


Foto: IG






"Saya percaya sekalipun pintu dunia seni yang membuka jalan dan pintu rezeki, jaminan itu belum tentu selamanya. Jadi saya percaya apa yang tertulis membuka 1001 rahsia dan hikmah. Namun sesungguhnya, Allah sebaik baik perancang.


"Suara yang saya ada dan jaja selama ini biarpun tidak kepada fokus utama menjadi penyanyi atau pelakon, tapi digunakan untuk mengacara dan berceloteh. Tetap ada kaitan, dekat dengan diri atau timbal balik.


"Tertutup pintu rezeki itu, pasti ada punca lain yang akan dibuka-Nya. Malah menjadi artis dan wanita sendiri juga mengajar saya betapa pentingnya menjaga penampilan dan keyakinan.


"Suka melawa dan bersolek itu perkara biasa. Itu juga antara sebab mengapa saya memilih dunia perniagaan kecantikan menerusi Nana Mahazan Beauty sejak 2018," katanya yang bertudung sejak tahun lalu.




  



Berkongsi mengenai permulaan perniagaan kecantikannya, Nana mendedahkan dia pernah mengalami masalah kulit yang teruk sehingga hilang keyakinan diri.


Bersyukur mempunyai suami yang sentiasa memberi semangat, Nana mengakui ketika itu dia kerap menangis setiap kali melihat wajahnya di cermin.




  



"Saya sendiri tahu bagaimana diselubungi perasaan sedih kerana tiada keyakinan diri. Saya boleh faham fasal pergelutan mereka yang diburu keresahan sebab kulit wajah teruk.


"Ironinya saya melalui fasa itu pada tahun 2017. Saya alami masalah kulit atau timbul jerawat dan bintik merah kerana pori tersumbat dek pelbagai masalah melanda.


"Suami saya sendiri menjadi saksi paling dekat melihat saya ada dalam keadaan itu. Masa itu, saya akan tengok cermin sambil menangis setiap hari. Suami juga yang selalu suntik semangat tanpa gagal untuk saya cuba tip atau produk itu dan ini.




  



"Dialah penyokong setia menerima kelebihan dan kekurangan diri. Dia juga tulang belakang di sebalik kejayaan saya. Kalau ada pepatah di sebalik kejayaan lelaki ada wanita di belakangnya. Tapi kes saya, jadi sebaliknya," katanya.


Kata Nana lagi, lebih setahun dia mencuba pelbagai jenis produk kulit.


Malah selepas ramai melihat perubahan wajahnya, Nana terlintas memasarkan rangkaian jenama produk penjagaan kulit sendiri pada tahun 2020. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2022 09:52 AM | Show all posts
Hmmmm, seronok jd retis kan.
Pakai produk mahal2
Pastu kuar produk sendiri and claim produk tu yang merubah hidup.

Aku ok je dgn Nana Mahazan ni, tp...
Aku x bleh blah la retis kuar produk sembarangan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 09:54 AM | Show all posts
tetap kepam
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 11:47 AM | Show all posts
anak buah jijan seman
ari tu ada dengar suara dia kt radio promot kursus jijan seman
MO sama je semua
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Account bank siapa lagi padu..nana ke laki dia?? tnyje
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Nana. Scammer terulung AF. Kedua, Farah. Ketiga, nabila razali. Semua scammer. Masuk AF suara sumbang mambang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2022 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Produk oem ke apa ni? Sama je kat pasaran tu. Aku lagi konfiden beli produk yg dah lama kilang keluar macam Simple Neutrogena Garnier...murah pun ya. Ini kadang satu set 2 ke 3 ratus. Pengikut punyalah ramai. Kaya2 org Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 04:11 PM | Show all posts
yo yo orr muka jerawat... bila masa muka dia ni breakout?
seingat aku zaman AF dulu, muka Burn je yg nampak berlekuk-lekak...

takde bende lain ke nak jual?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2022 04:12 PM | Show all posts
johnazizul replied at 16-2-2022 02:02 PM
Nana. Scammer terulung AF. Kedua, Farah. Ketiga, nabila razali. Semua scammer. Masuk AF suara sumban ...

Farah mana? Farah breep breep?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawan ye nana pakai tudung
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
rainbowrainz replied at 16-2-2022 01:53 PM
Account bank siapa lagi padu..nana ke laki dia?? tnyje

Laki dia chuols
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 04:20 PM | Show all posts
baik die niaga fashiunn. Taste of fashion die high end kot.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
produk kosmetik? ada r&d ke?.. ke produk timbang kati rebrand
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
fealefea replied at 16-2-2022 04:20 PM
baik die niaga fashiunn. Taste of fashion die high end kot.

Fashiun lambat kaya. Kalau timbang kilo ni, dptkan agent je setel dah. Xpayah jual dkt end user
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 05:11 PM | Show all posts
Ala Nana. Meols suker you tau lagi2 sejak da berhijrah,  tapi bila da start buat produk sendiri maap la meols bilis.

Ingat urban moden skali rempit jgak jual produk oem pulekkk.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Down grade sgt gi jual produk sampah gini. Pls la tukar kpd fesyen sbb itu yg paling sesuai utk sheols
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2022 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu stylo, sekarang manis. Bila berhijab nampak Nana mcm siti nordiana + wan sharmila.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Another mo anak didik zizan seman. Tp msh suka follow dia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku berjinak nk pakai stail baggy camni sekali laki aku tak bagikkkkkkkk ...rambut pn dia suh tukar kaler dah
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 08:28 PM | Show all posts
makadek replied at 16-2-2022 05:58 PM
Aku berjinak nk pakai stail baggy camni sekali laki aku tak bagikkkkkkkk ...rambut pn dia suh tukar  ...

Pakai jer uols...tgh trend sekrg ni

Nana ni pakai tudung or not, tetap stylish...bagus la sentiasa jaga penampilan diri


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.054129 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list