CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2309|Reply: 31

Video Tular: Anak Terajang Bapa, Bengang Tak Dapat Duit Beli Dadah

[Copy link]
Post time 16-2-2022 09:16 AM | Show all posts |Read mode
Berang terhadap warga emas yang enggan memberikan wang untuk membeli dadah, seorang lelaki dilihat memukul dan menendang muka bapa tirinya hingga cedera dan ibunya hanya mampu melihat tanpa mampu berbuat apa-apa.


Kejadian di Kampung Ruat, Yan, Kedah itu melibatkan seorang lelaki berusia 30 tahun di rumah keluarganya kira-kira jam 8.30 pagi Selasa.


Melalui rakaman berdurasi 30 saat yang tular di media sosial, individu ini dikatakan bertindak agresif memukul dan menendang bahagian dada bapa tirinya sebanyak dua kali.








Berikutan kejadian itu, ibu kepada lelaki tersebut meminta bantuan penduduk kampung agar melaporkan perkara ini kepada pihak polis.


Laporan kejadian disahkan oleh Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji, kepada BH menyatakan bahawa suspek masuk ke dalam rumah meminta wang kepada mangsa.


Suspek pada mulanya meminta wang daripada bapa tirinya untuk membeli dadah seperti kebiasaan namun mangsa enggan memenuhi permintaannya itu.


Setelah mangsa enggan berikan kerjasama, suspek dikatakan mula bertindak memukul mangsa semasa mereka berada di ruang tamu rumah yang merupakan kediaman mangsa dan isterinya.







“Tidak dapat mengawal perasaan marah, suspek bertindak menendang mangsa daripada belakang dengan memakai kasut getah.


"Akibat rasa terancam, mangsa mengambil keputusan untuk membuat laporan polis kerana bimbangkan akan keselamatannya." katanya memetik BH


Dikatakan juga ini bukan kali pertama penagih dadah tegar itu memukul bapa tirinya yang jika enggan memberikan duit kepadanya untuk membeli dadah.


Jelasnya lagi, suspek ditahan pada jam 6.45 petang di kawasan Lubuk Boi, Yan dan siasatan lanjut sedang dilakukan.




Suspek, Foto: mStar




Kesan dipukul teruk oleh suspek, mangsa mengalami bengkak di bahagian kiri telah dibawa ke Hospital Yan.


Susulan daripada siasatan juga mendapati bahawa suspek merupakan seorang pesakit mental yang memegang kad orang kurang upaya (OKU) yang disahkan isteri mangsa.


Tangkap layar antara komen netizen di sosial media terhadap video yang mencetus kemarahan itu.


Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warganet meluahkan rasa simpati terhadap mangsa.


“Anak tak kenang jasa biadab dengan orang tua. Tunggu balasan Allah nanti.


“Luluh jantung rasa ya Allah apa nak jadi.


“Ya Allah nasib baik tak patah tengkuk orang tua tu. Siuman ke tak lelaki tu,” demikian antara komen yang ditulis oleh warganet.


Posting di Facebook telah mendapat lebih 8,000 perkongsian, lebih 5,700 tanda suka dan telah meraih lebih 200,000 tontonan.


Kes penuh tragis ini telah disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) 2012. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2022 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
aku tengok video tu, sedihnya
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 09:29 AM | Show all posts
kat wassap aku dapat voice msgs
kata tak pyh kesian sgt
ni semua kaki obat katanya
hat tua pi ambik brg bdk tu
jd bdk tu pi kasi hantam ambik brg dia balik
ni semua kaki obat katanya
aku assume dadah la
aku bgtau apa yg aku dapat dlm msg wassap tu lah
gigih aku dgr semua conversations
bila nmpak tred ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan budak ni kena kitai semula ke? OKU mental pun terjebak dengan dadah. Ke sebab ambil dadah tu yang jadi OKU mental?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Itulah tak mau tangkap semua penagih humban dlm sungai ikat dgn batu berat
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 09:42 AM | Show all posts
@CARI-MRO

Udah ada tritnya dari semalam, makanya rajin dikit ya. Bikin malu sama tamu forum aja karena keliatan sembrono kerjanya, asal-asalan yang penting target.

https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5022839
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2022 09:50 AM | Show all posts
Friska replied at 16-2-2022 09:42 AM
@CARI-MRO

Udah ada tritnya dari semalam, makanya rajin dikit ya. Bikin malu sama tamu forum aja ka ...

For the love of god, gune la bahasa betul2
Meluat la aku baca.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 09:50 AM | Show all posts
penagih ni semua tak guna....bagus bagi makan boya..habis cerita...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2022 09:59 AM | Show all posts
kesian dia

harap ada loyer dapat funding utk jamin dia & seluruh kampung tu kena mintak maaf dgn dia

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga parti PAN tampil utk jamin budak ni mcm kes penagih kena mandi mayat ari tu.  wlpn dia penagih dia masih ada masa depan
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah viral baru nk tgkap khuen? Im sure bukan kali pertama buat report. Tp kalini kena tgkap sbb ada video yg dah viral
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Friska replied at 16-2-2022 09:42 AM
@CARI-MRO

Udah ada tritnya dari semalam, makanya rajin dikit ya. Bikin malu sama tamu forum aja ka ...

Tutup thread yg hang bukak la...tbread hang tsk laku
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 10:55 AM | Show all posts
eeee cetannyeeee dah kena tangkap dandan la nak mengaku oku! ungkal betul la taik dadah ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Geram tengok dia sepak mak ayah dia. Jangan sampai kaki tu kudung baru tahu. Anak derhaka
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 11:03 AM | Show all posts
krustykrab replied at 16-2-2022 10:51 AM
Tutup thread yg hang bukak la...tbread hang tsk laku

Trit saya keren Kakak, ada 2 video. Yang pertama anak tendak kepala bapa tiri dan yang kedua, anak kena keroyok sama warga kampung
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu la, kecik2 dulu ko raja kan sgt anak jantan..choi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2022 01:01 PM | Show all posts
busuk2 pun org kita

-macai
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 12:22 AM | Show all posts
noreen sangat perangai. eh hanat ko hengat ko tu noreen hutan ke boleh main sondol sepak terajang orang hah noreen?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Pasaipa angpa jadi lagu tu? Peliaq betoi lah hai, the wedar is kliar katanya, dajjei sungguhlah, Ffira Mikah tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 12:42 AM | Show all posts
eh lahanat ko melalak apa pulak ni hah noreen? tau pulak ko sakit kena pukul? hengatkan badan ko tu kenyal2 lembut jah cam bahagian badan noreen tu boleh suka hati sondol sepak terajang orang tak rasa sakit hah noreen?



Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.042161 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list