View: 1182|Reply: 8
|
[Jenayah]
Tendang kepala bapa tiri enggan beri wang beli dadah, lelaki 30 tahun ditahan
[Copy link]
|
|
Belasah bapa tiri enggan beri wang beli dadah, lelaki 30 tahun ditahan
Abd Hadi Che Awang Februari 15, 2022 22:24 MYT
YAN: Seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan polis selepas memukul bapa tirinya berusia 71 tahun yang enggan memberikannya wang untuk membeli bekalan dadah di Kampung Ruat, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji, berkata pihaknya terdahulu menerima laporan daripada mangsa sekitar jam 10.45 pagi tadi.
Berdasarkan laporan, suspek dipercayai mengamuk selepas tidak diberikan wang untuk membeli dadah dan menendang bapa tirinya sebanyak dua kali pada bahagian dada serta muka.
"Suspek juga difahamkan telah menumbuk bahagian belakang kepala sebelah kiri menyebabkan telinga kiri mangsa mengalami kesakitan di rumahnya.
"Mangsa kemudiannya telah keluar dari rumah berkenaan dan duduk di luar rumah bersama isterinya.
"Bagaimanapun, suspek sekali bertindak kasar dengan menendang bahagian belakang badan mangsa," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.
Katanya, mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Yan dan disahkan mengalami bengkak di bahagian telinga kiri akibat ditumbuk oleh suspek.
Katanya, hasil siasatan lanjut mendapati suspek merupakan seorang pesakit mental serta memiliki kad orang kurang upaya (OKU) dan ia disahkan oleh ibunya.
Beliau berkata, polis berjaya menahan suspek sekitar jam 6.45 petang di kawasan Lubok Boi, di sini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK)/18A Akta Keganasan Rumahtangga 2012.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pasaipa angpa jadi lagu tu? Peliaq betoi lah hai, the wedar is kliar katanya, dajjei sungguhlah, Ffira Mikah tersenyum sinis  |
|
|
|
|
|
|
|
Kesihanya tengok dia sepak belakang bapa dia tu.
Jangan dibela lagilah jika dia penghisap dadah. Satu hari nanti dibunuhnya. |
|
|
|
|
|
|
|
takpe lah..busuk2 pun org kita |
|
|
|
|
|
|
|
kata mental, cmne org mental bole belaja isap dadah ni?
pada aku, ni semua hasil dari normalisasi anak remaja hisap rokok, dari rokokla dorg belajar hisap dadah, korang2 yg isap rokok kt sini pun agen penyumbang saham normalisasi geng dadah

patut msa anak dh remaja hisap rokok, mak pak marahla cm isap dadah, bantai pukul la takpa,asal berubah, lama2 jadi geng mat pit , belasah mak pak sndiri, penggal kepala mak pak sndiri, bunuh adik bradik sndiri, semuanya start dari rokok
harap gomen wajibkan pengeluaran rokok disaluti dgn kulit babi je , baru berkurang sket perokok dalam malaya ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
batmana replied at 16-2-2022 01:04 PM
kata mental, cmne org mental bole belaja isap dadah ni?
pada aku, ni semua hasil dari normalisasi a ...
isap dadah sampai mental |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tgk semalam.. aku menyumpah seranah mamat tu.. berdarah mulut pakcik tu.. aku sebak sangat2.. tapi rupanya mamat bodoh tu berani ngan orang tua tak berdaya... jumpa dek rang kampung kene lempang melalak menangis.. bapok sangat perangai.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|