CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 401|Reply: 1

[Sarawak] Bekas pemandu dipenjara lapan tahun, dua sebatan akibat merogol

[Copy link]
Post time 15-2-2022 08:40 PM | Show all posts |Read mode


Rogol remaja: Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen

KUCHING: Bekas pemandu penjawat awam dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 16 tahun, lima tahun lalu.

Hakim Jason Juga menetapkan hukuman penjara secara serentak bagi kedua-dua pertuduhan terhadap tertuduh berusia 49 tahun berkuat kuasa hari ini.

Namun demikian, Peguam Wit Malang yang mewakili tertuduh memohon agar mahkamah menangguhkan hukuman penjara ke atas anak guamnya kerana perlu menyara anak perempuan kandungnya yang mempunyai masalah sakit jantung.

Selain itu, tertuduh yang merupakan pencari nafkah tunggal perlu menyara isteri dan dua orang anaknya yang masih bersekolah serta seorang anak yang tidak bekerja.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan terbabit dan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000 beserta deposit tunai RM5,000 dengan dua orang penjamin tempatan yang beralamat dan pekerjaan tetap, sementara menunggu rayuan difailkan ke Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol remaja perempuan berusia 16 tahun dalam bilik stor serbaguna di sebuah rumah kebajikan di Kilometer 19, Jalan Kuching-Serian, kira-kira jam 6.30 petang, 29 Mac 2018.

Bagi pertuduhan kedua, dia didapati melakukan perbuatan terkutuk itu dalam bilik tandas di rumah yang sama pada April 2018.

Pendakwaan kes bagi kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Menurut laporan terdahulu, tertuduh yang merupakan seorang pemandu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ditahan kerana disyaki merogol remaja perempuan di sebuah rumah kebajikan.

Menurut sumber, tertuduh melakukan pembuatannya itu pada 2018, selepas mangsa sendiri menceritakan kepada pihak pengurusan rumah kebajikan berkenaan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan.


by Suaraswk
February 15, 2022

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2022 09:15 PM | Show all posts
bwh 16 tahun kena sabit rogol walau suka sama suka....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.551853 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list