Tular di media sosial milik pasaraya Mydin yang memuat naik video Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holding, Datuk Ameer Ali Mydin.
Dalam video yang dimuat naik Instagram Mydin Malaysia, pemilik gedung pasaraya terbesar tanah air ini menunjukan reaksi mencari-cari telur ayam dengan berlatar belakangkan rak bahagian telur ayam yang kosong.
Kredit foto: IG
Video yang dimuat naik itu disertakan sekali kapsyen ringkas memaklumkan kepada orang ramai bahawa pasaraya tersebut kehabisan stok telur ayam.
Melihat video yang dikongsikan di akaun media sosial gedung pasaraya tersebut, ramai pengguna sosial media memberi komen rasa lucu melihat reaksi yang ditunjukan oleh pemilik gedung pasaraya tersebut.
Untuk rekod, ekoran bekalan telur ayam berkurangan membuatkan banyak pasaraya dan kedai runcit cepat kehabisan stok telur ayam dan terpaksa mengambil langkah mengehadkan pembelian telur ayam kepada pelanggan.