CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 526|Reply: 5

3 Tahun Meringkuk Padah Beli Durian Guna Duit Palsu

[Copy link]
Post time 14-2-2022 04:20 PM | Show all posts |Read mode
Majlis Hakim Pengadilan Negeri Medan menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap seorang lelaki yang membeli durian menggunakan duit palsu.


Majlis hakim yang diketuai Martua Sagala berkata, tertuduh dikenali sebagai Rangga didapati bersalah mengedarkan duit palsu mengikut artikel Pasal 36 Ayat (3) Undang-Undang Nombor 7 Tahun 2011 mengenai mata wang.




Gambar hiasan




Keputusan hakim itu juga selaras dengan tuntutan pendakwa raya yang menuntut lelaki itu dipenjara selama tiga tahun.


Menurut dokumen mahkamah, Rangga didakwa menggunakan duit palsu ketika membeli duiran pada 23 Ogos 2021 di medan Sunggal, Medan.


Polis dikerah ke lokasi kejadian selepas orang ramai menangkap Rangga selepas dia membuat pembelian menggunakan duit palsu.


Lelaki itu menggunakan sekeping duit kertas palsu bernilai 100,000 rupiah (RM29) dan tiga keping duit bernilai 10,000 rupiah (RM2.90).


Lapor CNN Indonesia, Rangga memberitahu kesemua duit palsu itu diberikan oleh seorang peniaga yang tidak dikenali.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2022 04:24 PM | Show all posts
x pandai......
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 04:33 PM | Show all posts
Sebenarnya Rangga dengan Cinta, putus sebab Rangga masuk penjara..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 05:44 PM | Show all posts
Di tanahair pun ramai dah peniaga jadi mangsa duit palsu macam dalam kes ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari musim durian
Hingga musim rambutann
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 08:19 PM | Show all posts
kesemua duit palsu

100k tu je lah palsu kan? membazir dakwat ja nak cetak 10k palsu
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.229398 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list