CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 632|Reply: 2

Berminat Nak Beli Pantai? Lelaki Ini Jual RM280,000

[Copy link]
Post time 11-2-2022 12:17 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki dari Skegness, England, berhasrat untuk menjual sebuah kawasan pantai miliknya pada harga £50,000 (RM283,298), lapor akhbar Mirror UK, kelmarin.


Simon Adderley, 57, menjadi pemilik pantai di Ingoldmells selama 15 tahun dan kini, mahu menjualnya kepada pemilik baharu.


Menurut Adderley, sejak pantai itu mula diiklankan untuk dijual, dia telah menerima 750 pertanyaan daripada orang ramai dengan 250 daripadanya dianggap sebagai pembeli serius.




Adderley memiliki pantai tersebut selama 15 tahun. – Metro UK




Bagaimanapun, lelaki itu berikrar hanya akan menjual pantai tersebut kepada pembeli yang mempunyai minat mendalam untuk memelihara keindahan alam semula jadi dan pemandangan pantai tersebut.


“Perkara paling menggembirakan adalah ketika saya dapat pergi ke pantai tanpa ada sesiapa pun, serta dapat menikmati pemandangan alam semula jadi dengan tenang.


“Perasaan itu adalah benar-benar satu kelebihan. Ia amat istimewa,” ujarnya.


Sementara itu, Adderley berkata, sebelum membuat keputusan untuk menjual pantai tersebut kepada pemilik baharu, dia perlu mengetahui niat sebenar bakal pembeli yang ingin membeli kawasan itu.




Sumber: Kosmo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2022 12:28 PM | Show all posts
Nak pembeli yang bolen maintain keaslian bukan yang ada niat nak commercial kan mungkin
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Woooo bestnya kalau ada pantai sendiri..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 06:48 PM GMT+8 , Processed in 2.292041 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list