CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 492|Reply: 1

Apa Kes? Lelaki Mengamuk, Maki Hamun Pengguna Jalan Raya Di Lampu Isyarat

[Copy link]
Post time 11-2-2022 12:06 PM | Show all posts |Read mode
Seremban: Seorang lelaki dirakam menimbulkan kekecohan di atas jalan raya dengan mengamuk dan memaki pengguna jalan raya lain di persimpangan lampu isyarat dekat Jalan Dato Muda Linggi, dekat sini.


Tanpa mengetahui punca kejadian berkenaan, rakaman lelaki yang memandu kenderaan pelbagai (MPV) itu tular Facebook sejak dua hari lalu.


Berdasarkan video berdurasi 1 minit 31 saat itu, lelaki berkenaan dipercayai berhenti dan keluar dari kenderaan di kawasan lampu isyarat yang agak sesak.








Dia kemudiannya bertindak seperti orang kurang siuman dengan memaki hamun beberapa pengguna jalan raya yang turut berhenti sementara menunggu lampu merah.


Ekoran video yang tular itu, ramai yang tertanya-tanya mengenai tindakan lelaki dan ada yang mendakwa dia mungkin masalah mental.


Turut terdengar dalam dirakam pengguna jalan raya lain itu dialog perakam bersama penumpangnya yang risau akan keselamatan lelaki itu sendiri yang berlegar-legar di atas jalan dan keselamatan pengguna jalan lain kerana dibimbangi mencederakan orang lain.





Bagaimanapun, dia tidak mencederakan mana-mana individu atau merosakkan kenderaan sebelum beredar dengan kenderaan jenis Perodua Alza selepas lampu isyarat bertukar hijau.


Video itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada warga net yang meninggalkan komen di Facebook. -CARI


Sumber: Berita Harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2022 12:22 PM | Show all posts
Aik?? Bukan dh bukak tered ni smlam?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.483462 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list