CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1034|Reply: 13

Polis Tumpas Sindiket Peras Ugut Guna Video Bogel

[Copy link]
Post time 10-2-2022 06:07 PM | Show all posts |Read mode
Tiga wanita termasuk dua warga Indonesia dipercayai menjadi dalang sindiket pemerasan melalui panggilan video berunsur lucah ditahan menerusi Op Bugil pada 16 Januari lalu.


Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, turut ditahan tiga lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga Indonesia menerusi enam serbuan berasingan yang dijalankan di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.


Menurutnya, modus operandi digunakan sindiket terbabit adalah dengan mengumpan mangsa kebiasaannya lelaki berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun untuk melakukan panggilan video menerusi aplikasi MiChat, WeChat dan juga Whatsapp.




Kamarul Zaman menunjukkan suspek yang terlibat dengan sindiket ugut dan sebar video lucah.




"Mangsa kemudian akan diperdaya untuk berbogel dan melakukan adegan-adegan lucah yang mana perbuatan itu dirakam ahli sindiket.


"Sindiket berkenaan kemudiannya akan menggunakan rakaman tersebut untuk mengugut mangsa dengan wang ringgit dan jika tidak dibayar, rakaman berkenaan akan ditularkan di media sosial," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini pada Khamis.


Kamarul Zaman menambah hasil daripada tangkapan sindiket terbabit, polis berjaya menyelesaikan 25 kes berkaitan jenayah mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan.


"olis menerima sebanyak 368 aduan daripada mangsa melibatkan ugutan penyebaran video bogel dengan kerugian dianggarkan sebanyak RM485,013 sejak Januari 2021 hingga kini.


"Sehubungan itu, Polis Johor mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan taktik berkenaan agar tidak menjadi sasaran sindiket terbabit.


"Orang awam juga tidak seharusnya membenarkan akaun bank milik mereka digunakan mana-mana pihak ketiga kerana dibimbangi ia diguna dalam aktiviti jenayah," jelasnya.




Sumber: Sinar Harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2022 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada dokumentari macam nie kat YT, pompuan tu sampai dpt buka macam Western Union lagi kat Kampung dia sbb nak mudahkan urusan transaksi pemerasan uang atas mangsa dia.

Paling gile sebelum aim mangsa² dorang, dorang cari tau dulu mangsa kerja kat mana, rakan sekerja dia siapa, family dia siapa, semualah data peribadi si mangsa hanya melalui Fesbuk. Nnt lepas perangkap si mangsa, besok dia dorang send balik video cap cap si mangsa yg dah dirakam then ugut nak send ke fesbuk family, kwn n tmpt kerja....LOL
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Thread ni friskies tak kan masuk punye lah
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 02:55 AM | Show all posts
bugil tu maksud dlm indonesia ialah telanjang ye....bukan bogel

saje nk bgtau
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 03:38 AM From the mobile phone | Show all posts
saya janji lepas rakam saya delete

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 08:14 AM | Show all posts
friskies ke teewwww

trap  her jusa c husband dgn video bugil
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2022 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
ellejo replied at 11-2-2022 03:38 AM
saya janji lepas rakam saya delete

Hahahahaha ya smpunnn
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 11:37 AM | Show all posts
rakam dulu janji delete kemudian....hahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2022 09:32 PM | Show all posts
boleh rakam ka, how?

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
so ala2 catfish la ni? umpan guna video perempuan seksi kenkonon nk bervogel sesama
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Abang janji, lepas rakam, abang delete
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 11:15 PM | Show all posts
Menurutnya, modus operandi digunakan sindiket terbabit adalah dengan mengumpan mangsa kebiasaannya lelaki berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun untuk melakukan panggilan video menerusi aplikasi MiChat, WeChat dan juga Whatsapp.


yg muda2 tu aku faham lah sbb masih suci belum ada pengalaman
ni dah 40 pun blh layan lg benda2 mcm ni

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Jitu replied at 11-2-2022 11:15 PM
yg muda2 tu aku faham lah sbb masih suci belum ada pengalaman  
ni dah 40 pun blh layan lg bend ...

Yang penting men-no-pause
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 11:26 PM | Show all posts

klu kena ED pause jugak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.762344 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list