CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1017|Reply: 7

Tiap Tahun Skrip, Watak, Mangsa Yang Sama, -Daddycap Seru Banyakkan Doa Dan Ibadah

[Copy link]
Post time 8-2-2022 10:07 AM | Show all posts |Read mode
Caprice atau kini mahu dikenali sebagai Daddycap berpendapat trend peningkatan jangkitan baharu harian Covid-19 ketika ini sama seperti keadaan yang berlaku pada tahun lalu.


Ujar Daddycap atau nama sebenarnya Ariz Ramli, situasi peningkatan kes baharu Covid-19 pada tahun lalu juga berlaku ketika umat Islam sedang menghitung hari untuk menyambut bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.


Foto: IG




“Kes jangkitan Covid-19 semakin meningkat. Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, kes jangkitan harian boleh mencecah sebanyak 22,000 kes menjelang bulan Mac depan.


“Saya tidak tahu nak cakap apa. Cuma tiap-tiap tahun sebelum puasa dan raya, skripnya berbunyi sama, watak yang sama dan mangsa yang sama. Cuma yang berbeza tahun sahaja,” katanya.






  



Ujarnya lagi, tahun lalu juga menunjukkan trend apabila kerajaan galak memujuk masyarakat untuk mendapatkan suntikan vaksin, sama seperti situasi pada tahun ini apabila rakyat disaran pula untuk mendapatkan suntikan dos penggalak (booster)


“Tahun lepas kita promosi vaksin, tahun ini kita promosi ‘booster’ pula,” jelasnya.


Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, pelantun lagu Tiger of Al Quds itu sempat menyeru masyarakat supaya kembali kepada Allah SWT dengan memperbanyakkan amal ibadah serta doa.




  



“Apabila benda yang kita tidak boleh nampak (Covid-19), boleh buatkan hidup jadi huru-hara, maksudnya kita kena lagi rajin cari semula sesuatu yang kita tidak nampak juga (Allah SWT), tapi mampu buat kita tenang.


“Perbanyakkan doa dan ibadah,” katanya.


Terdahulu, Kosmo! melaporkan beberapa buah negara di seluruh dunia mula merekodkan peningkatan kes jangkitan harian Covid-19 termasuk Malaysia.


  



Di Korea Selatan, kes harian Covid-19 dilaporkan melebihi 30,000 buat kali pertama dan mencecah paras tertinggi sepanjang masa iaitu lebih 36,000 kes pada hari Sabtu lalu berikutan penyebaran varian Omicron selepas musim cuti.


Tidak ketinggalan juga Malaysia, apabila mencatatkan kes melebihi 7,000 pada 5 Februari lalu selepas empat bulan kes berada bawah angka 7,000.


  



Hari ini (Isnin), kes jangkitan harian Covid-19 menunjukkan peningkatan ketara dengan angka mencecah 11,034 kes jangkitan. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2022 11:54 AM | Show all posts
siapa nih??? nak berdaddy bagai... geliii...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2022 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Heyyyy jijikss berdaddih daddih
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2022 12:09 PM | Show all posts
walk the talk.
caption tak sama dgn action.tibehhh
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2022 11:42 PM | Show all posts
Alahai,semua benda la nak ko komen,kan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Seru bini ko tu dulu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2022 05:49 PM | Show all posts
cukupkan kain kat badan bini kau tu dulu..ari2 muncul kat tiktok dgn baju seksi...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 05:50 PM | Show all posts
geli nak daddy bagai...
acik2 gundu dan kepam suka la tu panggil daddy segala...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.039943 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list