CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1154|Reply: 11

Aliff Syukri Nekad Elak Kontroversi Demi Reputasi Sebagai Suami, Bapa

[Copy link]
Post time 31-1-2022 10:28 AM | Show all posts |Read mode
Sumber IG Aliff Syukri


Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, 36, mengakui suatu ketika dahulu dia terlalu mengejar populariti menyebabkan dirinya sering dihambat kontroversi.


Bagaimanapun, menyedari anak-anaknya semakin membesar, Aliff nekad mengelakkan diri daripada terpalit isu panas mahupun mencipta gimik murahan untuk menarik perhatian warga maya.


Sejak enam bulan lalu, Aliff mula memperlahankan rentaknya di media sosial. Sebagai usahawan, dia ingin tampil lebih matang, sesuai dengan kariernya.




  



"Mencipta kontroversi itu mudah. Apa saja isu yang timbul, saya akan menyelit dan ulas kerana pengikut saya tinggi. Bukan riak, tetapi itulah hakikatnya.


"Sekarang ini, apabila melihat orang lain tampil dengan gimik mereka, saya katakan pada diri, saya tidak perlukan itu lagi," katanya kepada Harian Metro.


Aliff berharap agar perubahan itu mendapat sokongan daripada pelbagai pihak. Dia tidak mahu anak-anaknya membesar dalam keadaan dirinya yang sering menjadi perhatian kerana isu panas.


Timbul rasanya malu apabila anak sulungnya Amar Ahyan, 15, mulai bertanya mengenai videonya yang tular.




  



"Apabila anak sulung ajukan soalan itu, saya terfikir walaupun kurang kontroversi, tetapi maruah itu lebih penting. Saya mahu menjaga reputasi sebagai suami dan ayah. Saya mahu menjaga rumah tangga ini agar berkekalan. Saya mahu lebih dihormati masyarakat terutama oleh anak-anak dan isteri.


"Usia pun sudah hampir 40 tahun. Tiba masa untuk menjadi usahawan sebenar. Nanti orang kata tua tak sedar diri," katanya. - CARI




  








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2022 10:52 AM | Show all posts
Mana ameena ye?lama xnmpkk
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2022 08:08 PM | Show all posts
wahhhh itu PA dia tu kann... PA yang berjaya lelang sajat tu... hihihi...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2022 08:52 PM | Show all posts
Tau tak pe.  Tapi Alhamdulillah, kiranya Allah memberi rahmatNya kpd Alif Syukri dn belum terlambat untuk berubah kpd kebaikan.  Hari berganti minggu, berganti pula ke bulan dn ke tahun,  segala perkara yg tak semenggah jadikanlah ianya ibarat kenakalan seorang Alif Syukri.  Pas ni jadikanlah satu memoir kenangan ''waktu muda2 dulu" dn kemudian bolehlah cakap 'mcm tu rupanya aku dulu ye' sambil ketawa sendiri. InsyaAllah bila  AS sudah ada kesedaran kerana hari demi hari umur semakin dewasa, tua dn matang berfikir, buktikan kalau Dato Alif dpt disanjungi sbg seorang suami dn ayah yg  dibanggakan dn berprestasi. Good luck to Datuk AS.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2022 12:40 AM | Show all posts
kalau sapa follow dia nmpk la beza perangai dulu dn skrg.. alhamdulillah la kalau dia nk berubah ke arah kebaikan, kita kena sokong tkyah kecam2
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2022 02:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Heols ni kat luar serius jugek khen.sebenonya kalo dia serius dan xbuat perangai hensem juge die ni. Cuma nak tau meena mana?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2022 03:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Good luck la Tok Lip. Semoga berjaya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2022 03:50 AM From the mobile phone | Show all posts
mummygreen replied at 31-1-2022 10:52 AM
Mana ameena ye?lama xnmpkk

Dah sah2 la ameena tu dh dipulangkn dkt keluarga asal..ameena tu anak rohingya..dgn kes sblm nie/dgn tak ada nationality ada la tu yg nasihatkn aliff dgn bini dia nie..elok lah..susah nak jaga anak org nie..tk sma mcm anak sendiri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2022 06:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah kalau betul dia berubah
Caption pic dia dgn ank tu, 1st time tgk org tulis bertua
Ada ke perkataan gitu
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Itulah yg sebaik-baiknya. Alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 09:09 AM | Show all posts

Alhamdulillah kalau betul dia berubah
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah berubah ke arah yg lbih baik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.352895 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list