View: 1888|Reply: 11
|
Majlis Kahwin Kembali Rancak, Mila Jirin Nak Tambah Dua Lagi Dewan!
[Copy link]
|
|
Selepas dua tahun bergelut dengan pandemik Covid-19 hingga menjejaskan perniagaan dan survival pekerja perkhidmatan majlis perkahwinan dan katering, Bizmilla Wedding Centre kini boleh menarik nafas lega.
Pemiliknya, Mila Jirin berkata, syarikat kini kembali bangkit menyemarakkan empayar perniagaannya yang turut terkesan dengan tempias wabak maut berkenaan.
Kata Juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu, dia mensasarkan untuk terus menambah jumlah dewan kahwin dari semasa ke semasa.
Foto: IG
“Kini Bizmilla mempunyai 10 dewan kahwin di sekitar Selangor dan Johor Bahru. Tahun ini, dewan kahwin akan ditambah lagi jumlahnya termasuk di Kota Raya Kuala Lumpur dan di Iskandar Puteri, Johor Bahru menjadikan jumlahnya kelak 12.
“Insya-Allah menjelang tengah tahun ini kami jangka akan tambah lagi dua dewan kahwin menjadikannya 14. Semoga dipermudahkan dan Allah izin kami uruskan majlis kahwin anda,” katanya.
Pemilik nama sebenar Nursyamila Jirin berkata, syarikatnya rancak menawarkan pakej perkahwinan termasuk Dewan Bizmilla bermula dari harga serendah RM9,900.
“Harga RM9,900 itu dibuka untuk minima 100 orang tetamu atau jemputan bagi lokasi di Selangor, Kuala Lumpur dan Johor Bahru sahaja.
“Kalau berminat boleh terus mesej ke Instagram @bizmilla_wedding_centre atau layari www.bizmillacatering.com,” katanya yang memberitahu syarikatnya kini telah menguruskan hampir 7,000 majlis kahwin bermula dari tahun 2013.
Terdahulu, Mila yang juga bekas penyanyi turut menghadiahkan majlis resepsi untuk sahabat baiknya yang juga penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi dan suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.
Majlis yang berlangsung 22 Januari lalu di Bizmilla Grand Ballroom, Eco Sanctuary, Selangor dianggarkan menelan belanja puluhan ribu ringgit itu turut tular dan diperkatakan ramai dalam media sosial.
Bagi Mila, dia percaya nilai hadiah majlis itu tidak boleh diukur dengan wang ringgit apatah lagi jika mahu dibandingkan dengan usia persahabatan mereka yang sudah mencecah 15 tahun. -CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
my sis dulu kawen amik all in from her. Senang yakmat.
Siap ngan bilik hotel skali, we all datang bawak badan je.
Benda yang memudahkan, standby duit je. |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupon tak suke dia asik meroyan...tp memang servis catering dia tip top....makanan ada rase compare dgn hotel yg lauk tawar lembar tuh...kalau kita ni yang tak pernah nak buat majlis kawin anak elok ambik ngan dia sebab diorang lagi tau ape nak buat..takdela terpinga pinga nanti.. .. |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah mila...semoga trus murah rejeki...kuat bekerja mila ni..bagus2... |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah mila moga maju dan sukses. Kalau kes covid naik dan kennduri kawen x dibenarkan mohon jgn merempan meratib hiba yaach |
|
|
|
|
|
|
|
all the best mila..moga trus success
|
|
|
|
|
|
|
|
YA tambah lagi mila..tambah lagi loan hutang semua.
Pastu merempan macam kaulah orang paling teraniaya.
Padahal masa tu masih ada duit nk makan. Orang lain sampai ke lani duk terkais2 nk makan kau senyap je. |
|
|
|
|
|
|
|
time2 baru nak naik balik ni toksah la nak buka cawangan bagai..kekalkan je dewan2 yg ada tu..ni tambah cawangan konfem pakai duit loan punya..bank tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
I can't deny la catering food dia mmg sedap.. Kemas teratur.. Tp jgn banyak complaint Sgt.. Sbb ramai lg terkesan |
|
|
|
|
|
|
|
kang tak asyuk salahkan sane sini kiri kanan atas bawah
mcm dia je terkesan
bagusla ade usahawan melayu berjaya mcm ni
tapinye dia punye merempan dh mcm papa kedana
haihh
tahla |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah la.. Biz maju.. Walaupun I pun rengsa tgk die berkeluh kesah masa pkp..
Nasi arab die sedp.. Walaupun nasik bnyk aym kecik ckit |
|
|
|
|
|
|
|
bagus la tu fokus pada business tak yah merempan sgt... |
|
|
|
|
|
|
| |
|