CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 838|Reply: 8

Guna Teknik Meditasi, Guru Tarian Didakwa Rogol Dan Cabul 7 Pelajar

[Copy link]
Post time 26-1-2022 11:14 AM | Show all posts |Read mode

Sumber: Google Image



Baru-baru ini viral satu berita mengisahkan seorang guru tarian di daerah Klojen, Kota Malang, Indonesia yang didakwa telah merogol serta mencabul tujuh orang pelajarnya yang berusia antara 12 tahun hingga 15 tahun dengan menggunakan kaedah 'meditasi'.


Menurut Budi Hermanto yang merupakan Ketua Polis Kota Malang, suspek yang berusia 37 tahun itu bekerja sebagai seorang guru tarian di sebuah studio tari di Kota Malang dan suspek kini telah ditahan pihak polis kerana dipercayai melakukan penderaan seksual dengan merogol serta mencabul tujuh remaja bawah umur.


Berita ini mengejutkan Indonedia kerana guru tersebut telah merogol enam daripada tujuh remaja terbabit manakala seorang lagi dicabul. Kesemua mangsa yang terlibat dalam kes itu terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah rendah serta pelajar lain yang mengambil kursus tarian di studio berkenaan.



Sumber: Google Image



Menurut Makassar Kini, salah seorang daripada mangsa mendedahkan bahawa guru tersebut melakukan perbuatan terkutuk itu bukan hanya sekali tetapi sebanyak dua hingga tiga kali bagi setiap pelajar terbabit sehingga ada yang mengalami trauma yang melampau.


Lebih memburukkan keadaan apabila suspek menggunakan kaedah meditasi untuk memenuhi nafsu serakahnya serta memperdayakan pelajar-pelajar tersebut untuk kononnya 'bertafakur'. Jika pelajar itu menurut perintah yang diberikan oleh guru tersebut, dia berjanji untuk menjadikan mangsa sebagai penari terbaik. Memang sudah lagi bersuluh suspek telah menggunakan teknik reserve psychology iaitu kaedah untuk membuat seseorang melakukan apa yang dikehendaki dengan berpura-pura tidak mahu atau dengan berpura-pura menginginkan sesuatu yang lain.


Selepas itu, mangsa akan dibawa ke tingkat dua studio tersebut sebelum mereka dicabul dan dirogol secara seksual berkali-kali.



Sumber: Portal Makassar Kini





Susulan daripada kes itu, suspek kini dikenakan hukuman penjara selama 15 tahun dan pihak polis meminta agar individu lain yang turut menjadi mangsa guru tersebut untuk melaporkan perkara tersebut kepada Balai Polis Kota Malang secepat yang mungkin supaya tindakan susulan dapat dilakukan. -CARI



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2022 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila sebut guru aja mesti terpampang diruang blue eyed aku, chzy...but impossible sebab ini kes merogol bukan dirogol....
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 11:29 AM | Show all posts
banyak nya news dari Indonesia..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 04:08 PM | Show all posts
Knp byk sangat news dari indon ni yaa?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalunya guru tari ni kelempuk. Heols stret ke bengkok?

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tujuh remaja tu lelaki ke perempuan?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2022 04:32 PM | Show all posts
Moga dihukum seberatnya
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
bertafucker ke hape
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2022 05:56 PM | Show all posts
Cerita from Indon lagi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.483274 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list