Seorang wanita di Australia terkejut selepas menemukan seekor kala jengking hidup di dalam brokoli yang dibeli dari sebuah pasar raya tempatan.
Lapor portal UPI, Chloe Mitchell berkata, bapa mertuanya membeli brokoli tersebut dari pasar raya Aldi di Ulladulla di New South Wales.
 Kredit foto: FB/News.com.au
Katanya, dia menemukan serangga berbisa itu ketika sedang menyediakan hidangan makan malam.
Menurut Mitchell, dia membasuh brokoli yang dibeli itu sebelum memotongnya.
“Saya memasukkan brokoli yang dipotong itu ke dalam alat pengukus.
“Ketika mahu mengambil beberapa potongan lagi, saya melihat sesuatu merangkak di atas papan pemotong.
“Saya panik lalu menjerit ketakutan setelah melihat serangga berbisa itu sehingga suami saya yang berada di ruang tamu terus berlari ke dapur,” katanya kepada 9News.
Mitchell berkongsi gambar penemuan serangga berbisa itu di halaman Kumpulan Aldi Mums di laman Facebook.
 Gambar hiasan
Katanya, serangga itu menjadi agresif apabila dia dan suaminya cuba untuk menangkapnya.
Menurut Mitchell, akhirnya bapa mertuanya berjaya menangkap dan membuang serangga tersebut.
Sumber: Utusan |