CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 512|Reply: 5

[Tempatan] Tiada sekatan pulang beraya tahun ini – PM

   Close [Copy link]
Post time 23-1-2022 08:01 PM | Show all posts |Read mode

Pengunjung merakam gambar panjut gergasi yang dipasang membentuk replika Masjid Selat Melaka sempena sambutan Aidilfitri di Kampung Ribu. GAMBAR HIASAN

Tiada sekatan pulang beraya tahun ini – PM

BERA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di negara ini pada masa akan datang dalam berhadapan pandemik Covid-19.

https://www.kosmo.com.my/wp-cont ... 01-at-16.43.22.jpeg
Ismail Sabri.
Sehubungan itu beliau memberi jaminan tiada sekatan perjalanan kepada seluruh umat Islam di negara ini untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Kita sudah tidak akan melaksanakan PKP seluruh negara, negeri mahupun daerah melainkan kawasan-kawasan tertentu sahaja yang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

“Tiada lagi sekatan ekonomi akan dilaksanakan dan sektor-sektor ekonomi akan berjalan seperti biasa kecuali kawasan yang dikenakan PKPD,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis perjumpaan bersama pegawai-pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Daerah Bera di Pejabat Kemas daerah Bera di sii hari ini.

Beliau mengulas mengenai spekulasi yang mengatakan akan ada penutupan ekonomi menyebabkan rakyat tidak dapat pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini kerana penularan wabak Covid-19.

Menurut Ismail Sabri spekulasi berkenaan adalah tidak benar dan rakyat khususnya umat Islam yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak perlu bimbang kerana tiada lagi sekatan ekonomi atau sekatan perjalanan dilaksanakan.

Dalam pada itu mengulas mengenai peningkatan jumlah kes Covid-19 yang merekodkan 4,115 kes semalam beliau berkata ia sememangnya membimbangkan dan perlu dibendung.

“Kita tidak boleh rasa selesa dengan angka kes sekarang, kita tidak mahu negara kita mencapai angka seperti negara Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis. Perlu turun dari segi angka supaya kita dapat isytiharkan endemik apabila jumlah jangkitan di bawah 1,000,”ujarnya. -K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... eraya-tahun-ini-pm/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2022 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Belum sampai sudah decide. PRU nanti menang besar
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.. antivak/antibooster pun blh pulang lah ye gitu
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 09:38 PM | Show all posts
Drmu replied at 23-1-2022 08:24 PM
Alhamdulillah.. antivak/antibooster pun blh pulang lah ye gitu

kalau ada sekatan jalan raya mestilah xboleh
nti check kaler oren ka kaler putih
bertabahlah masa tu jem 10km dari tol


Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 23-1-2022 09:38 PM
kalau ada sekatan jalan raya mestilah xboleh
nti check kaler oren ka kaler putih
bertabahlah masa  ...

Ooo..okie noted2
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 09:54 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.076513 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list