CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 233|Reply: 0

[Sarawak] Kasih datuk hingga hujung nyawa

[Copy link]
Post time 23-1-2022 03:26 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 23-1-2022 07:28 AM



KASIH… Jasad Muhammad Uwais selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sungai Bako.

KUCHING: Tindakan pantas seorang warga emas berjaya menyelamatkan jasad mangsa bayi lemas di Kampung Muara Tebas daripada dihanyutkan air muara sungai ke laut.

Jasad mangsa Muhammad Uwais Ismail berusia setahun lapan bulan itu ditemui berhampiran sebuah bot yang ditambat di kawasan mangsa dikhuatiri terjatuh dari atas jambatan kayu.

Semasa kejadian, Rabuan Sulung, 70 tahun yang juga datuk kepada mangsa, memberitahu dia dibantu dua lelaki terjun ke dalam air selepas mendengar mengenai kemalangan tersebut daripada Ibu mangsa.

Dalam keadaan gelap dan hanya berbekalkan lampu suluh, Rabuan terpaksa menyelam dalam keadaan air yang sangat keruh untuk mengesan jasad mangsa sebelum ditemui 30 minit selepas itu.

“Saya tidak berfikir panjang, bersama-sama anak lelaki dan seorang lagi saudara kami segera terjun ke dalam air untuk mencarinya.
Ketika itu, keadaan sudah gelap, hanya berbekalkan lampu suluh.

“Syukur air semasa itu berada pada paras pinggang dan air pasang mulai surut memudahkan usaha untuk mencari.

Namun selepas sekitar 30 minit, baru kami menjumpai mangsa tersangkut di sebuah bot yang ditambat berhampiran jambatan,” katanya.

Kata Rabuan, biarlah dia bergadai nyawa dengan kudrat yang masih tersisa, semasa dalam usaha menyelamat, dia mahu cucunya itu kembali bernafas walaupun peluangnya tipis.

“Kami sudah berusaha sehabis baik melakukan bantuan pernafasan namun masih gagal sebelum ibu dan ayahnya
bergegas ke hospital untuk bantuan lanjut,” katanya kepada pemberita.

Ibu mangsa, Sabariah Rabuan berkata, kehilangan anaknya itu disedari sekitar jam 7 malam dan usaha mencarinya dilakukan sehingga dia menyedari pintu dapur menghala ke jambatan tersebut tidak berkunci.

“Malam kejadian, saya sedang memasak dan beranggapan anak saya sedang bermain-main bersama-sama anak saudara yang lain di ruang tamu namun sebaliknya tiada yang menyedari kehilangannya.

“Kami terus mencari sehingga ayah saya membuat keputusan untuk terjun ke sungai selepas saya memberitahu pintu dapur tidak berkunci dan tanpa berfikir panjang terus terjun mencarinya di dalam air,” katanya.

Bagaimapun, sebagai seorang ibu, dia reda dengan pemergian satu-satunya anak lelaki pasangan suami isteri itu.

Jenazah anak bongsu daripada tiga adik-beradik itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sungai Bako sekitar jam 7.40 malam, pada Khamis.

Hasil bedah siasat Hospital Umum Sarawak (HUS) mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat lemas dan paru-paru dipenuhi air.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah mengesahkan pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian pada jam 8.53 malam, Rabu dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut (SDR).



by Suaraswk
January 23, 2022

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.149322 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list