View: 508|Reply: 2
|
Bermain Permainan Video Aksi Bantu Keupayaan Membaca Kanak-Kanak
[Copy link]
|
|
Menurut satu kajian yang dijalankan oleh pasukan penyelidik dari Switzerland dan Itali, mereka mendapati keupayaan membaca kanak-kanak meningkat sekiranya mereka bermain permainan video aksi sekurang-kurangnya dua jam seminggu menurut laman berita Wion News.
Kredit foto: The Guardian
Memetik Kosmo, penyelidik itu mengasingkan 150 pelajar sekolah di Itali berusia 8 hingga 12 tahun kepada dua kumpulan, satu kumpulan diminta bermain permainan video aksi yang dibuat sendiri oleh para penyelidik, manakala kumpulan lain disuruh bermain video yang dicipta untuk mengajar mereka membuat kod.
kredit foto: Internet matters.
Para penyelidik itu memastikan mereka bermain selama 2 jam seminggu dengan mengawasi mereka selama 6 minggu di sekolah, kanak-kanak yang bermain permainan video aksi didapati menunjukkan peningkatan dalam kelajuan dan ketepatan membaca juga memberi perhatian kepada bahan bacaan.
Menurut Angela Pasquolotto seorang pelajar ijazah kedoktoran (PhD) di Jabatan Psikologi dan Sains Kognitif di Universiti Trento berkata, "Kami mendapati peningkatan tujuh kali ganda dalam kawalan perhatian oleh kanak-kanak yang bermain permainan video aksi berbanding kumpulan lain." -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Ye ke ni? Aritu kata epilepsi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sekejap itu sekejap ini.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|