Kini tampil berniqab, Diana Amir bagaimanapun segan untuk memberikan sebarang kenyataan mengenai penampilan baharunya itu.
Kata Diana, dia menganggap keputusan untuk sepenuhnya memakai niqab adalah salah satu fasa untuk lebih dekat dengan Allah.
"Kalau ada orang tanya mengenai perkara ini, saya hanya mohon mereka mendoakan agar saya.
"Masih banyak lagi yang perlu saya pelajari. Oleh itu, doakan saya agar diberi kefakihan agama, taufiq dan hidayah daripada Allah,"katanya.
Kata Diana lagi, apa yang penting adalah dia tidak melanggar hukun syarak serta segala ibadah yang dilakukannya termasuk memakai niqab adalah ikhlas dan mendapat rahmat Allah.
Apabila seseorang itu sedang berubah ke arah kebaikan, sering kali istiqomahnya akan diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran.
Bagi Diana, perjalanan istiqomah seseorang itu adalah bermula daripada niatnya.
"Kalau niat kerana Allah, pasti akan dipermudahkan. Sebagai hamba yang banyak kekurangan ini, bersangka baik dengan Allah.
"Dalam setiap perkara yang kita lakukan, cari hikmah. Kalau kita nampak yang buruk, kita akan rasa susah dan banyak cabaran," katanya. - CARI
|