CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 888|Reply: 7

Harga Ikan Di Pasar Lagi Tinggi Berbanding Bayaran Hamidah Wahab

[Copy link]
Post time 20-1-2022 01:08 PM | Show all posts |Read mode

Sumber Mstar



Pelakon veteran, Hamidah Wahab, 66 meluahkan rasa sedih dan kecewa kerana ditawarkan bayaran lakonan yang jauh lebih rendah berbanding pelakon baharu.


Memetik laporan Astro Gempak, kata Hamidah, dia berasa hairan dengan jurang perbezaan antara bayaran pelakon senior dan pelakon baharu.


  



"Harga ikan yang dijual di pasar pun lebih mahal daripada bayaran pelakon veteran. Walaupun sudah lama dalam bidang ini, hakikatnya kami tidak dibayar mahal pun.


"Saya rasa sedih dan terasa dengan situasi ini. Sudah lama berkarya tetapi bakat dan kehadiran kami tidak dihargai," katanya.




  


Memulakan kerjaya sebagai peragawati sekitar tahun 1970-an, dia juga mengakui ada pelakon baharu yang tidak mengenalinya.


"Bukan minta disanjung, cukup saja ada rasa hormat pada pelakon veteran," katanya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2022 02:02 PM | Show all posts
terpaksa terima je lah... tengok rupa industri hiburan tempatan kini... dah memang nazak tinggal nak terkambus je.... level pun taraf2 cambodia dah. walaupun dah cuba sedaya upaya buat kepelbagaian drama, show dan rancangan.... sampai ada PU pencabub tegar tu pun gigih menegur suruh finas tapis babak minoriti yang haram sape pun tak pernah nampak dekat TV nak bagi nampak macam buat keje je... sheolsss better la cari kerja lainnn yang lebih lumayan...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 03:52 PM | Show all posts
nak buat camna acik..memang camtu la kitaran hidup artis kat malaysia ni..bukan baru sekarang..dari zaman hitam putih lagi camtu..bila dah tua orang bayor sikit jer..time acik muda dulu dulu pon gitu la production buat kat neng yatimah dgn mak enon gamaknya...industri kita pon tenat..berapa kerat jer yg nak tgk drama kat tv..yg kelakor stesen tv ambik pelakon berdasarkan follower..walhal yg follow artis tu haram nak melayan drama melayu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru 66 ke, ingat dia ni dah 70 lebih..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 04:06 PM | Show all posts
industri seni kreatif malaysia 10 tahun dibelakang indo...dgn  indo pun kalah...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Murah pun depa terpaksa terima sbb nk income, tu yg produser makin tekan..makin byr murah. Yg kaya produser..kang nk beli kereta ferrari lg...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2022 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan nak cakap apa, kalau setakat dialog sikit2, keluar sekejap2, watak pun gitu2 je, nak bayaran mahal mcm mana lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun dah lama tak tgk drama melayu sebab sepesen je semua. Bosannn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 05:12 PM GMT+8 , Processed in 1.307595 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list