CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 418|Reply: 3

[Dunia] Korea Utara lancar peluru berpandu lagi

[Copy link]
Post time 16-1-2022 10:14 AM | Show all posts |Read mode

PELANCARAN tersebut adalah kali ketiga pada bulan ini. - Daily Mail

Korea Utara lancar peluru berpandu lagi

PYONGYANG – Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu kereta api taktikal dalam pelancaran misil ketiga pada bulan ini meskipun Amerika Syarikat melaksanakan beberapa sekatan baharu ke atas Pyongyang.

Tentera Korea Selatan menyatakan, pihaknya mengesan dua peluru berpandu balistik jarak dekat semalam, beberapa jam selepas Korea Utara menuduh AS melakukan provokasi susulan sekatan baharu yang diumumkan oleh Washington.

“Ujian ini diadakan untuk memeriksa dan menilai keupayaan peluru berpandu yang dilancarkan daripada kereta api,” kata agensi berita rasmi Korea Utara, KCNA.

Korea Utara kali pertama melancarkan misil daripada kereta api pada September 2021.

Ketua-Ketua Staf Bersama Korea Selatan berkata, peluru berpandu itu terbang  sejauh 430 kilometer pada ketinggian 36 kilometer.

Ujian peluru berpandu semalam adalah yang ketiga pada bulan ini susulan kejayaan pelancaran dua misil hipersonik, masing-masing pada 5 Januari dan 11 Januari lalu.

Sebagai tindak balas, AS melaksanakan beberapa sekatan baharu ke atas Pyongyang minggu ini dengan Setiausaha Negara, Anthony Blinken berkata, Korea Utara sengaja ‘mahukan  perhatian’ menerusi tindakannya.

Susulan sekatan-sekatan baharu itu, Pyongyang menuduh Washington ‘sengaja memburukkan situasi sedia ada,’ sedangkan Korea Utara berhak untuk mempertahankan dirinya. – Agensi

SumbeR:https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... luru-berpandu-lagi/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2022 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Disebabkan kereta api itu bergerak-gerak maka terjatuhlah nuklear itu di bumi pisang Sabah bukannya di Washington DC, Yang Mulia Ratu Sittah An Nur tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak sebenarnya doubt kekuatan tentera NK ini memandangkan askar2 pun kurus kering malnutrition tak cukup makan.

Peluru berpandu kau aje la kot power.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 16-1-2022 11:28 AM
Akak sebenarnya doubt kekuatan tentera NK ini memandangkan askar2 pun kurus kering malnutrition tak  ...

Pasai tu depa gebang lebih nak bagi hat luaq takut. Sembang deraih orang kata haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.060030 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list