CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 342|Reply: 2

[Tempatan] Doktor kontrak kini layak terima HLP, sambung belajar jadi pakar

  [Copy link]
Post time 15-1-2022 11:56 AM | Show all posts |Read mode
Doktor kontrak kini layak terima HLP, jadi pakar
    Oleh MOHD. FADHLI MOHD. SULAIMAN
    15 Januari 2022, 9:49 am

KUALA LUMPUR: Doktor-doktor lantikan kontrak kini layak mendapatkan tajaan biasiswa menerusi Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian dalam peringkat kepakaran.

Hartal Doktor kontrak berkata, tawaran baharu itu berdasarkan surat rasmi bertarikh 5 Januari 2022 daripada Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai pelantikan secara kontrak perubatan, pergigian dan farmasi selepas khidmat wajib bagi kesinambungan perkhidmatan dan atau persediaan pengajian kepakaran.

“Yang Berhormat Khairy Jamaluddin sememangnya telah membuktikan kecekalan dan kesungguhan beliau untuk menyelesaikan isu yang membelenggu kami sejak lima tahun lalu.

“Kami berharap terma dan syarat untuk memohon HLP akan diputuskan tidak lama lagi,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya pagi ini.

Dalam surat itu menyatakan, kerajaan pada 14 Julai 2021 bersetuju supaya pegawai perubatan dalam tiga bidang yang telah melengkapkan tempoh kontrak khidmat wajib dilantik semula secara kontrak bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan atau persediaan pengajian kepakaran.

Jelasnya kenyataan tersebut, tawaran pelantikan semula secara kontrak akan dibuat berdasarkan kohort lantikan secara berperingkat menerusi Portal Semakan Kerjaya KKM mulai 1 Januari 2022 merangkumi pegawai perubatan (kohort lantikan 2017 dan pegawai yang telah dilanjutkan latihan siswazah dan lengkap khidmat wajib 2022), pegawai pergigian (kohort lantikan 2019) dan pegawai farmasi (kohort lantikan 2019).

Sebelum ini, perolehan HLP bagi doktor kontrak tidak mudah kerana mensyaratkan hanya doktor tetap yang berkhidmat dengan kerajaan sekurang-kurangnya tiga tahun layak menyambung pengajian kepakaran namun bergantung dengan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85 peratus.

Mengulas lanjut, Hartal Doktor Kontrak percaya Khairy akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelesaikan masalah lain dihadapi mereka melibatkan isu kriteria dan pemilihan doktor kontrak diserap ke jawatan tetap secara telus, faedah sama seperti pegawai lantikan tetap dan perolehan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan meminda Akta Pencen 1980.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Mohd. Shafiq Abdullah memaklumkan, kerajaan meluluskan kemudahan cuti tugas khas perubatan, cuti Tibi, Kusta dan Barah kepada doktor kontrak dengan syarat selepeas menamatkan khidmat wajib. Dalam tempoh bercuti itu, pegawai layak dibayar sepatuh gaji iaitu selama enam bulan bagi cuti Tibi dan 12 bulan bagi cuti Kusta dan Barah.

Gerakan Hartal Doktor di seluruh negara sebelum ini terpaksa mengambil tindakan drastik untuk tidak bekerja pada 26 Julai lalu akibat kegagalan kerajaan memenuhi tuntutan menawarkan pelantikan tetap kepada semua doktor kontrak sedia ada selain menjelaskan kriteria lantikan tetap secara terperinci.

Doktor kontrak sebelum ini merancang akan meneruskan mogok kali kedua yang dijadualkan bermula 8 Disember tahun lalu namun terpaksa ditunda seketika apabila Khairy dilaporkan merayu untuk menangguhkan siri tunjuk perasaan itu. – UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Doktor pun tak pakar apatah lagi jururawat!
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 03:09 PM | Show all posts
kerje kontrak-sambung blajar biasiswa-confirm dpt keje kontrak juga...ok lh kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

18-5-2022 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.080559 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list