CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 363|Reply: 0

[Sarawak] Tiga rumah di Kampung Seduan, Sibu dinaiki air

[Copy link]
Post time 12-1-2022 03:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 12-1-2022 07:42 AM



Anggota bomba melawat salah sebuah keluarga selepas kediaman mereka dinaiki air hari ini.

SIBU: Tanda awal banjir terutama di kawasan rendah di sini, bermula apabila tiga buah kediaman di Kampung Seduan mula dinaiki air hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, panggilan kecemasan diterima sekitar jam 11.44 pagi sebelum menggerakkan aset Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah ke lokasi.

Katanya, penduduk mendakwa air banjir telah masuk ke dalam rumah rumah secara mendadak.

"Setiba di lokasi didapati sebahagian kawasan telah dinaiki air pada anggaran ketinggian dua kaki setengah di atas jalan raya.

"Selain itu, tiga buah unit kediaman di kawasan dinaiki air sedalam satu kaki," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, penghuni dua unit kediamanan yang dimasuki air banjir menolak dan bertegas enggan berpindah.

Katanya, penghuni sebuah lagi kediaman yang terdiri daripada tujuh orang dewasa, dua kanak-kanan dan seorang bayi perempuan bersedia untuk dipindahkan.

Setakat ini, pasukan penyelamat masih berhubung dengan pejabat residen untuk pembukaan Pusat Pemindahan Sementara di Dewan Kampung Jeriah.


utusanborneo.com.my/2022/01/12
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.291252 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list