![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20220112/whatsappimage2022-01-12at91110am.jpeg)
Anggota bomba berusaha memadam kebakaran.
BAU: Kira-kira 10,000 ayam hangus apabila sebuah ladang menternak ayam di Jalan Bau-Kuching terbakar, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata kebakaran dilaporkan berlaku pada jam 3.40 pagi.
Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) diketuai Pegawai Bomba Kanan Tiwi Nios terus ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.
"Setibanya di lokasi kejadian, komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan ladang ternakan ayam yang telah musnah sepenunya.
"Dianggarkan 10,000 ekor ayam hangus dalam kebakaran tersebut," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, pasukan bertugas berjaya mengawal kebakaran pada jam 4.30 pagi dan operasi tamat operasi tamat pada jam 6 pagi.
Punca kebakatan dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Unit Forensik Kebakaran JBPM Sarawak.
utusanborneo.com.my/2022/01/12 |