View: 4250|Reply: 26
|
'Jumpa Di Mahkamah Kalau Tak Mohon Maaf, Bayar RM1 Juta!' - Aqil
[Copy link]
|
|
Pemenang trofi kategori YouTuber Popular yang kali pertama diperkenalkan pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-34 November lalu, Aqil Zulkiflee tidak mengambil ringan tuduhan fitnah melalui platform media sosial apabila menuntut permohonan maaf dan pampasan RM1 juta terhadap seorang wanita yang didakwa telah memfitnahnya.
Pengurus Krisis dan jurucakap Aqil Zukiflee, Saiful Ridzuan dari firma pengurusan krisis Saiful Ridzuan Public Relations And Communications berkata, notis tuntutan tersebut telah dihantar melalui serahan tangan dan pos berdaftar oleh firma guaman yang dilantik pada minggu ini.
Kredit foto: IG Aqil
Pada 24 Disember lalu, wanita dikenali dengan nama Siti Solehah Mohamed Ali yang menggunakan nama pengguna Auntie Soleha di Facebook memuat naik, menulis dan menerbit satu penyiaran yang didakwa berbaur fitnah.
Melalui kenyataan-kenyataan yang dimuat naik itu, wanita terbabit menulis dan membuat dakwaan bahawa Aqil merupakan seorang yang sombong dan berlagak, berpura-pura baik di dalam media sosial beliau, tidak beradab, penipu, tidak hormat kepada peminat dan orang tua, tidak suka kepada kanak-kanak serta merupakan seorang 'talam dua muka'.
Peguam Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors yang mewakili Aqil Zulkilfee menegaskan bahawa komen yang dilemparkan individu terbabit jelas menunjukkan yang ianya bersifat fitnah, palsu dan kesemuanya merujuk kepada anak guam beliau.
Kenyataan fitnah yang dimuat naik di akaun tersebut telah dikongsi sebanyak 110 kali dan menerima lebih 350 reaksi daripada netizen termasuk sorotan skrin yang dikongsikan lebih 1,200 kali oleh seorang pengguna akaun di laman media sosial tersebut.
Kredit foto: IG Aqil
Aqil mengambil tindakan undang-undang tersebut kerana mendakwa sikap tidak bertanggungjawab individu berkenaan telah menyebabkan beliau mengalami malu, tekanan emosi dan kesedihan apabila masyarakat mempercayai dakwaan kenyataan-kenyataan fitnah yang ditulis.
Jika tiada permohonan maaf dibuat dalam masa tujuh hari dan pembayaran RM1 juta atau ganti rugi yang setimpal dibayar kesan daripada tindakan menyebarkan sebaran fitnah tersebut, Aqil akan terus memfailkan tuntutan di mahkamah.
Sumber: Murai |
|
|
|
|
|
|
|
Tuhari ada nampak Aqil ni post kat fb dia pasai fan Mai sampai ke rumah. Dia cakap kalau nak jumpak dia datang ja kat kedai corndog dia. Dia ok ja layan fans dia. Tapi kalau sampai ke rumah dia xsuka sbb tu mcm privacy dia tapi ramai parents yg hentam dia kat kalau bukan sbb sokongan ank2 depa xdaknya Aqil ni popular..xlama lepas tu dia update status minta Maaf sbb dia tak sengaja terkasar Bahasa |
|
|
|
|
|
|
|
betullah tu..peghaknya la yang sampai nak jumpa dia kat rumah tu apahal. |
|
|
|
|
|
|
|
Adoi..YouTuber gini pun jadi idola ke sampai nk ke rumah bagai.yg mak bapak plak melayan anak2. I is pening mana Hala hidup
budak2 skrg |
|
|
|
|
|
|
|
Die memang femes ek dikalangan budak2x... Helok jadik cikgu die ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak2 Aku minat benor dgn Aqil ni...entah apa Yang bestnya |
|
|
|
|
|
|
|
Ank2 aku smp ajak g cr corndog aqil di melaka |
|
|
|
|
|
|
|
Ank2 aku pn minat die hurmm |
|
|
|
|
|
|
|
Anak2 aku tak kenal dia ni. Bagus
Ritu dia up status berlagak gila pasal orang nak jumpa dia kat rumah. Okay memang tak patut LA Orang ganggu kita kan. Tapi cara tulisan dan bahasa dia biadab dan kasar kot. Macam tak Caya..boleh je nak tegur elok2..ni lepas menang anugerah terus sombong.
Sekarang nak saman plak. Aku tak sangka dia ni femes sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak buah aq siap ajak pi makan corndog nk tgokk aqil overnye laaa |
|
|
|
|
|
|
|
Pemesnya dia. Semua budak minat dia ke ? Trend budak2 skrg kot. Minat youtuber |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tau dia femes sebab jual corndog ke? Iols baru 1st time tau pasal dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
ninnamina: Nak tau dia femes sebab jual c ...
Sebelum tu lagi dah femes. Geng3 bbnu tapi muda lagi dari bbnu. Haa cane tuh haha kalau tengok ig dia dengan kembar dia bodoh2 je content. Budak2 suka la kot kan. Tapi content yang tak mberansangkan pon.. buang masa je tengok hehe |
|
|
|
|
|
|
|
kan sama laa.. sebab muka dia muka babyface kot..
|
|
|
|
|
|
|
|
hakak tak taste sangat tp kaya budak ni jadi influencer saja.
patut ler anak muda semua all out nak jd influencer |
|
|
|
|
|
|
|
iols xkenai mamat ni tapi anak2 iols kenal...terkebil2 parent tak kenal.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo dah jadi influencer tu, kena tahan kecam la
ntahlah, dia yg post ayat sombong belagak dulu
naseb ada acik tu hentam kuat, kalo tak, mesti perasan popular sgt
patut ckp terima kasih kat acik tu sbb mengingatkan hurmmm
lepas mintak maaf pasal post berlagak tu....eh nak saman org pulak
berlapang dada je la...ko sendiri dh mintak maaf
patut gi je umah acik tu bergambar gan anak2 dia yg minat ko tu
berdasarkan post acik tu, macam setaman gan dia ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Risau tgk utber2bjd ikutan anak2. Harap anak aku tak follow laa utuber2 yg x berpekdah no |
|
|
|
|
|
|
|
Naik lemas aku Kat rumah ni anak aku Hari2 bukak YT aqil ni. Siap cakap, "mama, abang peminat aqil"... "X sabar, excitednya nak jumpa aqil"... Erkkk..siap ajak p kedai corndog dia kat Melaka nun ...adoiii..
Kejap2 soh beli mesin aiskrim la, Kang soh beli mesin cotton candy la, Kang soh beli drone la.. apa2 je yg si aqil ni review semua dia nak tagih.. last2 aku libas je ngan hanger geram sgt cakap banyak Kali x mau jalan.. nak je aku block YT tu.. arghhhh |
|
|
|
|
|
|
|
anak buah yg 4 tahun pun minat aqil...tah apa yg best pun x tahu |
|
|
|
|
|
|
| |
|