Sumber: Instagram Andreli_48
Hati suami mana yang tak hancur dan kecewa apabila dapat tahu bahawa isteri tersayang berlaku curang dan sedang berasmara dengan lelaki lain di belakangnya?
Kes yang hangat diperkatakan ini terjadi di Kutai Kartanegara, Kalimantan Timur, Indonesia di mana seorang suami bertindak di luar kawalan dengan menyerang pasangan tersebut (isterinya dan kekasih) menggunakan sebilah pisau pemotong daging.
Memetik laporan Suara.Com, suspek dikenali sebagai Antok Pamuji yang merupakan seorang peniaga kain di Kutai Barat. Antok jarang sekali pulang ke rumahnya di Bandar Tenggarong berikutan mencari rezeki dan terpaksa meninggalkan isterinya keseorangan di rumah.
Walau bagaimanapun, Antok mula mengesyaki tindakan isterinya yang dikatakan berlaku curang berikutan sering bermain telefon bimbit dan enggan memberikan telefonnya apabila diminta oleh Antok. Sehinggalah satu hari, suspek bertindak untuk menyiasat aktiviti isterinya secara rahsia dengan berpura-pura pergi bekerja pada hari kejadian.
Namun, dia ketika itu masuk semula ke dalam rumahnya melalui pintu belakang dan bertindak bersembunyi di atas siling.
“Selepas dua jam rupa-rupanya terjawab segala teka-tekinya…”
Teka-teki yang bermain di kepala suspek selepas dua jam menunggu akhirnya terjawab berikutan suspek mendapati seorang lelaki yang dikenali sebagai K masuk ke dalam rumahnya dan bertindak melakukan hubungan intim bersama isterinya.
Sumber: Google Image
Tidak tahan melihat kejadian itu, Antok turun ke bawah dan memecahkan pintu bilik tidur dengan menggunakan pisau pemotong daging.
Suspek didakwa menghayunkan pisau pemotong daging ke arah K yang ketika itu sedang berlari dalam keadaan berbogel. Mangsa dilaporkan berlumuran darah kerana ditikam berkali-kali dan mengalami luka di bahagian pingang dan tangan kiri.
Manakala, keadaan isterinya yang turut ditikam masih belum diketahui dan suspek telah pun menyerah diri kepada pihak polis. -CARI
|