View: 1207|Reply: 11
|
Dilarang Tinggalkan Israel Selama 8,000 Tahun Lepas Isteri Fail Cerai
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki Australia mendakwa dirinya 'terperangkap' di Israel sejak 2013 dan dilarang meninggalkan negara itu untuk 8,000 tahun akan datang selepas isterinya yang merupakan warga negara tersebut, memfailkan permohonan cerai.
Noam Huppert, 44, secara rasmi dilarang meninggalkan Israel sehingga 31 Disember pada tahun 9999, kecuali apabila dia membayar lebih daripada USD 3 juta (RM 12,549,000) untuk nafkah anak-anaknya bagi masa hadapan, lapor India.com.
Kredit foto: Daily Mail
Bercakap kepada media Australia, Huppert berkata dia adalah salah seorang daripada ribuan lelaki warga asing yang menjadi mangsa undang-undang perceraian yang digelar sebagai 'kejam dan keterlaluan' oleh aktivis hak asasi manusia.
Huppert, seorang ahli kimia analitik di sebuah syarikat farmaseutikal, berpindah ke Israel pada 2012 untuk lebih dekat dengan dua anaknya yang masih kecil.
Tidak lama selepas itu, bekas isterinya memfailkan kes di mahkamah Israel yang kemudiannya mengeluarkan perintah 'stay-of-exit' terhadapnya kerana 'hutang nafkah masa depan' sebanyak 5,000 shekel Israel sebulan, sehingga kedua-dua anaknya berusia 18 tahun.
Kredit foto: Daily Mail
Sehingga dia membayar jumlah keseluruhan 'hutang' tersebut, warga Australia itu dilarang meninggalkan Israel walaupun untuk bercuti atau bekerja.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
undang2 yg dipuja oleh golongan liberal? |
|
|
|
|
|
|
|
P*ndan dari Malaysia lari duduk Australia. Lelaki dari Australia tak dapat lari dari israel. |
|
|
|
|
|
|
|
X sangke meol Undang2 kapir ni sgt membela wanita. Kalau kat mesia ni jgn harap la. Nafkah anak2 pun kemain liat nak bayar tp nikah baru boleh plak |
|
|
|
|
|
|
|
Sendiri punya mau mungkin juga lupa dinegara mana dia berada |
|
|
|
|
|
|
|
undang2 golongan tak liberal nya apa?
|
|
|
|
|
|
|
|
Duk Malaysia aman2 pakai tinggal pakai tinggal anak terbiar institusi keluarga jahanam belum lagi anak haram dan anak dari warga asing indon bangla |
|
|
|
|
|
|
|
Kat Msia aman2 je tak payah bayar pun bayar nafkah anak... Kahwin cerai berkali2 pun takpe, lelaki tetap tak pernah salah & berdosa...
|
|
|
|
|
|
|
|
bini tu yang jahat khenss? suruh laki pindah masuk sana lepas tu failkan cerai? ke memang laki tu yang berperangai noreen? |
|
|
|
|
|
|
| |
|