CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 500|Reply: 1

[Tempatan] Tiada aduan jualan kotak Android

[Copy link]
Post time 16-12-2021 03:31 PM | Show all posts |Read mode
Tiada aduan jualan kotak Android   Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri -             Disember 16, 2021 @ 10:57am            [email protected]



Dottie (kanan) bersama pegawainya melihat tanda harga makanan laut di sebuah restoran pada 'Op menu' dan Op Samar di Ipoh. - Foto NSTP/SHARUL HAFIZ ZAM


IPOH: Tiada aduan rasmi daripada pengguna menyebabkan penjualan kotak Android untuk mengakses siaran berbayar secara percuma dan melanggar hak cipta masih dijual di negeri ini.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak, Dottie Azlina Ismail, berkata sekiranya ada aduan, pihaknya akan menjalankan pemeriksaan.
"Sekiranya ada, sudah tentu kita akan menjalankan pemeriksaan dan tindakan memandangkan Akta Hak Cipta 1987 memang di bawah (bidang kuasa) KPDNHEP.
"Sekiranya ada aduan pengguna ataupun arahan daripada ibu pejabat KPDNHEP selepas ini, kita akan ambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas menjalankan pemeriksaan menerusi Op Menu di sini, malam tadi.
Disyorkan Untuk Anda







Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai penjualan alat peranti berkenaan yang dikatakan masih dijual secara berleluasa di negeri ini.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan petunjuk fatwa (irsyad fatwa) bahawa penggunaan peranti sedemikian diharamkan dari sudut agama kerana ia mencerobohi hak dan menzalimi pihak lain.
Sementara itu, Dottie Azlina berkata, menerusi Op Menu yang dijalankan bermula 6 November lalu, sebanyak 10 pengusaha restoran dan kedai makan dikenakan tindakan kompaun membabitkan nilai RM2,600.
Katanya, 408 pemeriksaan dilakukan dengan tujuh daripada mereka dikompaun mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972, manakala tiga lagi mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
Beliau berkata, operasi yang dijalankan itu memberi tumpuan kepada restoran dengan memeriksa tanda harga yang dipamerkan selain pemeriksaan ke atas restoran yang menggunakan alat timbang bagi menentukan harga setiap makanan yang dibeli.

  



  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2021 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Android box tu sama je cam smart tv.. yg takda smart tv guna android box.. sama je ..kat hp pun leh layan.. cian android box
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.039287 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list