View: 3050|Reply: 41
|
Jangan rebus udang kara, ketam hidup-hidup
[Copy link]
|
|
Kerajaan UK melarang udang galah untuk direbus hidup-hidup. - YouTube
Jangan rebus udang kara, ketam hidup-hidup
LONDON – Kerajaan Britain menyenaraikan hidupan laut seperti sotong, ketam dan udang kara dalam senarai hidupan yang perlu diberi perlindungan di bawah undang-undang kebajikan haiwan kerana sifat hidupan tersebut yang mampu merasai kesakitan dan penderitaan, lapor stesen penyiaran CNN semalam.
Vertebrata iaitu haiwan yang mempunyai tulang belakang sudah pun dilindungi dalam perundangan kebajikan haiwan baharu yang sedang diperdebatkan di Britain.
“Rang Undang-Undang Kebajikan Haiwan memberikan jaminan penting bahawa kesejahteraan haiwan dipertimbangkan dengan sewajarnya apabila merangka undang-undang baharu.
“Sains mendapati bahawa haiwan decapod dan cephalopod mampu berasa sakit. Oleh itu, adalah wajar ia dilindungi di bawah undang-undang penting ini,” kata Menteri Kebajikan Haiwan, Lord Zac Goldsmith dalam satu kenyataan.
Menurut rang undang-undang tersebut, udang kara dan ketam tidak boleh direbus hidup-hidup dan menyertakan amalan pengangkutan dan mematikan terbaik untuk haiwan-haiwan itu.
Ia menemui bukti kukuh bahawa haiwan bercengkerang merasai kesakitan dan bukti ‘kuat’ yang menunjukkan rasa sakit dalam kebanyakan spesies ketam.
Bagi haiwan lain dalam dua kumpulan itu seperti sotong dan udang kara, penyelidik menemui bukti yang besar, namun tidak kukuh. – AGENSI
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11 ... -ketam-hidup-hidup/
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku biasa dpt udang ketam hidup2
Tp basuh dulu ..siang2 idakla hidup2 rebus |
|
|
|
|
|
|
|
sakit tu lebih kurang sama kot bila kena rendam dlm ais kering...mati kesejukan |
|
|
|
|
|
|
|
jadi sebelum bunuh kena bius dulu ke |
|
|
|
|
|
|
|
ai pernah terbaca, tumbuh2an mcm sayur tu sebenarnya 'menjerit' masa kita memotongnya - cuma telinga kita tak cukup bionik utk mendengar jeritan ittew |
|
|
|
|
|
|
|
Sama mcm korea yg sumbat octopus hidup2 dlm mulut.
|
|
|
|
|
|
|
|
Org2 mata pelik suka sgt masak haiwan laut hidup2 |
|
|
|
|
|
|
|
tu ikan sungai kat pasar mcm mana pulak
masa kita beli baru penjual tu ambik dr tong hidup2 pastu chop3 |
|
|
|
|
|
|
|
tggu alien trun makan ke bumi rebus manusia hidup2 |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi tak vaksin kalu bulih kasik berenti keja.
Talk cock la kau sana tentang kebajikan. |
|
|
|
|
|
|
|
kena lemas kan dlm akuriumn dlu
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku memang bunuh dlu ketam dan udang sebelum.masak |
|
|
|
|
|
|
|
Mm siput sedut pun i matikan dulu dgn cara letak dalam freezer semalaman |
|
|
|
|
|
|
|
Jitu replied at 24-11-2021 08:10 AM
tu ikan sungai kat pasar mcm mana pulak
masa kita beli baru penjual tu ambik dr tong hidup2 pastu c ...
I rasa itu mati dengan cepat dan tak terseksa mcm rebus hidup2 |
|
|
|
|
|
|
|
Aku akan bagi cinta dan harapan palsu dekat lobster lepas ni. Diorg akan kecewa dan lepas tu slow slow bunuh diri. Baru la aku masak diorg. Habis cerita. |
|
|
|
|
|
|
|
Merasai Kesakitan Seperti Manusia, Rebus Udang Galah Hidup-Hidup Boleh Dipenjara?
London: Merebus udang karang secara hidup dalam air mendidih mungkin menyalahi undang-undang tidak lama lagi selepas satu kajian mendapati hidupan laut itu boleh merasai kesakitan seperti manusia.
Lapor Metro, kajian yang dilakukan oleh Sekolah Ekonomi dan Sains Politik London (LSE) mendapati terdapat bukti saintifik kukuh bahawa haiwan tersebut mempunyai kapasiti untuk mengalami kesakitan dan bahaya.
Ini bermakna haiwan berkenaan akan diiktiraf sebagai makhluk hidup dalam Rang Undang-Undang Kebajikan Haiwan yang bakal dibentangkan.
Foto: AFP
“Kajian itu amat jelas bahawa decapod dan cephalopod boleh merasakan kesakitan, jadi adalah wajar haiwan tersebut juga dilindungi dibawah undang-undang penting ini,” kata Menteri Kebajikan Haiwan, Lord Goldsmith.
Sehingga kini, hidupan laut decapod membabitkan ketam, udang galah dan udang karang serta cephalopod termasuk sotong dikecualikan daripada rang undang-undang berkenaan.
Ia dikecualikan walaupun haiwan tersebut mempunyai sistem saraf pusat kompleks yang dilihat sebagai salah satu ciri utama sentience atau keupayaan makhluk dapat merasa.
“Selepas mengkaji lebih 300 kajian saintifik, kami membuat kesimpulan moluska cephalopod dan krustasea decapod harus dianggap sebagai makhluk hidup.
“Oleh itu, haiwan ini juga harus dimasukkan dalam skop undang-undang kebajikan haiwan,” kata Profesor di Pusat Falsafah Sains Semula Jadi dan Sosial LSE, Dr. Jonathan Birch.
Susulan kajian ini, Jabatan Alam Sekitar, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar (DEFRA) akan membentangkan pindaan kepada rang undang-undang tersebut di Parlimen untuk mengiktiraf perubahan itu.
Menurut Birch, pindaan itu juga akan membantu menghapuskan sebarang percanggahan terhadap haiwan tersebut.
“Sotong dan cephalopod lain dilindungi dalam sains selama bertahun-tahun namun setakat ini tidak pernah menerima sebarang perlindungan di luar sains,” katanya.-CARI
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu lah I akan freeze kan dulu lobster sebelum I rebus/masak. Kesian dan tak sanggup tenguk mata dia semasa dalam air panas.
Bila bawa balik aje, terus I masukkan dalam freezer.Beberapa jam kemudian baru buka untuk masak. Bila buka ni akan nampak banyak action lobster tersebut. Ada tangan kanan ke depan, tangan kiri ke depan. Action nak lari dan keluar drp frezeer.
Btw, I beli lobster hidup semasa duduk di US dulu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu lah I akan freeze kan dulu lobster sebelum I rebus/masak. Kesian dan tak sanggup tenguk mata dia semasa dalam air panas.
Bila bawa balik aje, terus I masukkan dalam freezer.Beberapa jam kemudian baru buka untuk masak. Bila buka ni akan nampak banyak action lobster tersebut. Ada tangan kanan ke depan, tangan kiri ke depan. Action nak lari dan keluar drp frezeer.
Btw, I beli lobster hidup semasa duduk di US dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
uda replied at 23-11-2021 07:56 PM
Sebab tu lah I akan freeze kan dulu lobster sebelum I rebus/masak. Kesian dan tak sanggup tenguk mat ...
Semua mati kan lobster cara sadis... Cara freezing them = dera.... Cara panas = dera... Slow death = dera.... So hit them 1 time lebih humane... |
|
|
|
|
|
|
| |
|