CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1219|Reply: 1

[Terengganu] Keluarga mekanik rentung mohon henti sebar gambar, aibkan mangsa

[Copy link]
Post time 22-11-2021 02:29 PM | Show all posts |Read mode

Jenazah Mohd Azizi dan bapanya disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Baharu Wakaf Mempelam di Kuala Terengganu pada Ahad. (Gambar kecil dari kiri: Mohamad Izzat dan Khairul Muslimin)

KUALA TERENGGANU - Keluarga mekanik yang maut dalam kebakaran sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dekat Kampung Wakaf Beruas, di sini meminta orang ramai berhenti daripada menyebarkan gambar dan video mangsa serta tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian tersebut.

Sepupu mangsa, Khairul Muslimin Musa, 40, berkata, insiden yang berlaku dalam tempoh yang singkat itu menjadi tatapan umum sehingga ada pihak yang sanggup menularkan rakaman video dan gambar serta membuat cerita yang bukan-bukan mengenai mangsa.

Katanya, tragedi yang berlaku sekelip mata itu menyebabkan semua yang ada di lokasi kejadian tidak sempat berbuat apa-apa kerana api marak dengan begitu cepat.

"Ada yang mengaitkan kes kematian arwah mempunyai kaitan dengan kejadian bunuh diri. Ini semua cerita tidak benar yang akan menggores perasaan ahli keluarga.

"Saya rayu pada semua supaya jaga aib arwah. Jangan sebarkan gambar atau video yang sensitif serta tidak membuat sebarang spekulasi mengenai punca kejadian kerana ia masih dalam siasatan pihak berkuasa," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, pada Ahad.

Pada Sabtu tular di media sosial seorang mekanik rentung dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza kira-kira jam 7 malam.

Ketika kejadian, mangsa, Mohd Azizi Jaafar, 37 tahun dikatakan mengikuti sebuah ambulan yang membawa bapanya, Jaafar Abdullah, 76, pulang ke rumah di Kampung Wakaf Mempelam.

Ketika itu, mangsa turut membawa bersama empat tangki oksigen untuk kegunaan bapanya di rumah.

Sementara itu, anak saudara mangsa, Mohamad Izzat Hashimi, 26 berkata, arwah bapa saudaranya itu seorang yang bertanggungjawab dan mementingkan keluarga.

"Dia bersungguh mahu bawa bapanya pulang untuk dijaga di rumah. Kami semua tidak menyangka arwah tak sempat tunai hajat untuk jaga bapanya.

"Dia juga sanggup membeli empat tong oksigen kerana bimbang tidak sempat menukar tong baharu jika sudah kehabisan apabila dia sudah mula bekerja," katanya.

Sementara itu, Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu ketika dihubungi pada Ahad memaklumkan punca kebakaran kereta masih dalam siasatan.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ambar-aibkan-mangsa
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2021 03:51 PM | Show all posts
takziah...tp smpai 4 biji tong besar tong 02...slalu beli je yg kecik aje yg bleh letak kt troly kecik/dlm beg...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.054420 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list