CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1155|Reply: 1

[Kedah] Saya berani 'pulun' tuntut hak Kedah - Muhammad Sanusi

[Copy link]
Post time 17-11-2021 08:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kerisnaga at 17-11-2021 08:22 PM

Saya berani 'pulun' tuntut hak Kedah - Muhammad Sanusi

Oleh M Hifzuddin Ikhsan - November 17, 2021 @ 6:16pmhifzuddin@bh.com.my


Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada Sidang DUN Kedah di Wisma Darul Aman, hari ini. - Foto NSTP/Ihsan Pejabat Menteri Besar



ALOR SETAR: Kerajaan negeri akan meneruskan usaha mendapatkan tuntutan pelbagai bayaran yang dianggap menjadi hak Kedah dan rakyatnya, walaupun ia mungkin menimbulkan kemarahan pihak tertentu.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata beliau akan terus membangkitkan tuntutan pelbagai bayaran berkenaan dalam pertemuan bersama Kementerian Kewangan (MOF) selepas ada antara permohonan itu ditolak.

Beliau berkata, tuntutan itu bukan dibuat atas kepentingan dirinya, sebaliknya ia bakal dimanfaat seluruh rakyat Kedah serta demi masa hadapan negeri itu.

"Hari ini, saya mendapat surat balasan Kementerian Kewangan memaklumkan tidak dapat mempertimbang permohonan Kedah mendapatkan bayaran mengekalkan tanaman padi berjumlah RM111 juta. Kita juga minta tuntutan mengekalkan hutan simpan RM100 juta, bayaran air mentah daripada Pulau Pinang sebanyak RM50 juta.

"Saya akan bangkitkan lagi perkara ini dalam pertemuan bersama kementerian berkenaan sehingga mereka jemu dan mungkin akan bayar pada Kedah. Saya anggap jika hak saya, saya akan tuntut hingga nyawa terkorban, ini cara saya," katanya ketika sesi penggulungan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini, hari ini.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi diketahui dengan kelantangannya dalam menuntut bayaran pajakan Pulau Pinang berjumlah RM100 juta selain turut meminta negeri itu membayar caj pengambilan air mentah Sungai Muda.

Mengulas lanjut, beliau menerangkan Kedah dahulu hanya menerima bayaran wang pajakan Pulau Pinang berjumlah RM10,000 sahaja, namun jumlah itu ditambah kepada RM10 juta oleh Kerajaan Persekutuan pada 2018.

"Saya sudah banyak kali menghantar surat kepada Kerajaan Persekutuan dan sekarang kita sedang usaha agar bayaran pajakan Pulau Pinang dibuat mengikut penilaian semasa dengan jumlah yang dianggap wajar adalah RM100 juta.

"Saya bukan tuntut semua ini untuk saya, semua yang saya minta daripada Kerajaan Persekutuan dan Pulau Pinang ini adalah hak serta untuk rakyat Kedah. Saya bukan suka cari gaduh, tetapi saya berani 'pulun' bagi mendapatkannya," katanya.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2021 09:05 PM | Show all posts
terbaik yb bab2 duit nie...cargas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.728976 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list