CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3229|Reply: 35

[Dunia] Lelaki Dgn pengikut 6.5 juta dakwa manusia pupus pada 2027

  [Copy link]
Post time 10-11-2021 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 10-11-2021 01:42 PM

BARCELONA, SEPANYOL – Seorang lelaki yang mendakwa bahawa dia berada pada tahun 2027 mendedahkan sebuah video yang menunjukkan keadaan lengang pusat bandar Barcelona disebabkan ‘malapetaka yang amat dahsyat’, lapor akhbar Daily Star semalam.

Javier, yang mempunyai sehingga 6.5 juta pengikut di akaun TikTok @unicosobreviviente mendakwa bahawa makhluk asing akan menakluki dunia dalam masa terdekat, sekali gus mengakibatkan ramai umat manusia pupus.

Dia yang dikatakan berada pada tahun 2027 mendakwa masih hidup dan mempunyai sambungan internet untuk berkongsi video tersebut dengan para pengikutnya


Menerusi video yang didakwa dirakam di Barcelona, jalan-jalan raya dilihat lengang selain bangunan-bangunan turut kosong.

Meskipun terdapat kenderaan-kenderaan yang diparkir di tepi jalan dan burung-burung turut terbang, tiada seorang pun manusia dilihat berada di dalam video itu.

Walaupun terdapat sebilangan pengikutnya yang percaya akan ketulenan video tersebut, terdapat juga yang mempersoalkan keasliannya dengan mendakwa bahawa video itu berkemungkinan dirakam ketika pelaksanaan perintah berkurung Covid-19.

Video itu setakat ini telah menerima lebih dua juta tontonan dengan beribu-ribu komen daripada netizen.

“Cuba anda lakukan penstriman langsung di sebuah kawasan yang kebiasannya sesak dengan orang ramai untuk membuktikan bahawa anda benar-benar berada pada tahun 2027,” kata seorang pengguna.

“Dari mana anda mendapatkan sambungan internet?” soal seorang netizen. – Agensi


  


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2021 02:00 PM | Show all posts
nak tengok rupa kereta zaman akan datang..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa x compare ketinggian pokok tahun 2021 dgn pokok 2027
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok pulak jalanraya bersih, dia sapu ke tiap hari?  Payung2 cafe pun elok ja macam di maintain.  Tak de tunggang langgang mcm dalam tv tu elok betul orang lari politely tak langgar apa2 kalau betullah alien invasion pastu manusia pupus.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 10-11-2021 02:53 PM
Elok pulak jalanraya bersih, dia sapu ke tiap hari?  Payung2 cafe pun elok ja macam di maintain.  Ta ...

Baru nak komen gini..paling tidak ada kete berlanggar or terbakar ke..mayat orang sana sini baru caya alien invasion kan
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 04:10 PM | Show all posts
Ni mesti rakaman hr pertama lockdown
Mase tu semua nk bernafas kt luar rumah pun tkt.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2021 04:12 PM | Show all posts
alahaiiii....so mano alien nye? ckp Alien dtg tawan bumi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 04:17 PM | Show all posts
video edit. ada di youtube orang tunjuk untuk hilangkan orang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2021 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tipu jer. Ambil video waktu lock down..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
kalo diri tu percaya kiamat akan datang, ular beso kluar dari perot bumi kejor org x bayar zakat dan segala mcm tanda kiamat. you have no right to question segala benda tahyul dan alien tau
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana dia dpt tenet.. mana dia dpt electricity? Dia pi jengkaut coal to generate power sendiri ka
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
venomie1 replied at 10-11-2021 02:00 PM
nak tengok rupa kereta zaman akan datang..

6thn je lagi.....

Tak de xaman akn dtg sgt.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik sittah annur tersenyum simpul
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi berita dari TikTok.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Suruh dia masuk kedai 7-Eleven dan tunjukkan best before date roti terkini
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 07:55 PM | Show all posts
memandai jah pitnah alien tu berniat jahat la, nak menakluki bumi la... korang mana tahu mungkin dia org ada soft spot dgn penduduk bumi. ko ingat beratus atau beribu thn melawat bumi, takkan takda sikit perasaan simpati dgn kita yg mcm clueless jah hidup di alam semesta ini? kalau alien nak serang kita guna teknologi canggih dia org, kenapa ambik masa bbrp thn lg? kenapa tak sekarang? kenapa tak buat ketika zaman dinosaur - masa tu la paling sesuai sbb hutan belantara masih belum ternoda kot seandainya bumi hancur satu hari nanti, besar kemungkinan disbbkan oleh manusia. sukati jah gambarkan alien makhluk yg kejam dan menakutkan. #doneBekapAlien


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2021 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sangka Havier hada 6.5 juta pengikut di tiktok.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 10-11-2021 07:55 PM
memandai jah pitnah alien tu berniat jahat la, nak menakluki bumi la... korang mana tahu mungkin dia ...

Sistur kalau kata turns out alien mmg nak musnahkan manusia, masih with original plan ke - pasrah dibunuh dari fight for survival?

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 09:58 PM | Show all posts
becir replied at 10-11-2021 08:44 PM
Sistur kalau kata turns out alien mmg nak musnahkan manusia, masih with original plan ke - pasrah  ...

ai sebenarnya berharap alien baca komen ai, lantas berhasrat jadikan ai ketua cawangan alien di tanah air.
tp kalau tetap jua nak jadikan ai breeding vessel atau buat anal probing, ai rela mati jah

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka gak tgk video tiktok dia ni. Memang video macam real. Hari tu tgk dia masuk vatican city. Masuk dalam tunnel amenda ntah. Ramai yg suggest dia pi white house. Kalau dia boleh masuk sana, memang betullah kot. Tapi rasanya video tu edit je. Sebab ade satu video tu dia terlepas pandang kot. Kat hujung lorong tu ade orang lalu. Kena tgk betul2 baru perasan ade orang jalan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.080514 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list