CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1414|Reply: 0

[Perak] Bangunan pentadbiran MCKK terbakar

[Copy link]
Post time 3-11-2021 12:15 PM | Show all posts |Read mode
Bangunan pentadbiran MCKK terbakar
NORMAWATI ADNAN | | 03 November 2021


Keadaan kebakaran bangunan pentadbiran MCKK yang musnah 30 peratus. - Foto JBPM Perak


KUALA KANGSAR - Bangunan pentadbiran Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di sini terbakar dalam satu kejadian pada Rabu.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, kebakaran melibatkan tiga bilik yang musnah 30 peratus di bangunan dua tingkat itu.


Katanya, panggilan kecemasan itu diterima pada jam 3.44 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar dibantu Sungai Siput dikejarkan ke lokasi.


"Operasi pemadaman dilakukan sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.


"Tiada mangsa terlibat dan kerosakan hanya melibatkan tiga bilik di tingkat atas bangunan pentadbiran," katanya.


Operasi tamat sepenuhnya jam 6.12 pagi.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... biran-MCKK-terbakar
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.072656 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list