CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1374|Reply: 0

[Perak] Kampung Kacang Puteh jadi tumpuan menjelang Deepavali

[Copy link]
Post time 31-10-2021 09:58 PM | Show all posts |Read mode
Kampung Kacang Puteh jadi tumpuan menjelang Deepavali
| | 31 Oktober 2021



Pengunjung mengambil peluang untuk membeli pelbagai jenis kekacang dan kerepek ketika tinjauan Bernama di Kampung Kacang Puteh, Buntong sempena persiapan menyambut Deepavali pada Khamis depan. - Foto Bernama


IPOH - Perniagaan Kacang Puteh Buntong kembali meriah dengan kehadiran pelawat selepas aktiviti rentas negeri dibenarkan sejak 11 Oktober lepas lebih-lebih lagi semakin hampir menjelang sambutan Deepavali Khamis ini.


Tinjauan Bernama di Kampung Kacang Puteh, Buntong di pusat bandar raya ini mendapati kawasan industri Kacang Puteh yang dijalankan penduduk sejak sekian lama, tidak putus-putus dikunjungi orang ramai untuk mendapatkan bekalan manisan, muruku dan kudapan untuk sambutan Deepavali mahupun sebagai buah tangan pulang ke negeri masing-masing.


Menurut seorang pengusaha generasi keempat perniagaan itu, T Seenivasagan, 27, perasaan rindu melayani pengunjung termasuk pelancong dari seluruh negara kini terubat apabila jumlah kedatangan pembeli semakin meningkat setiap hari.


Pemilik premis Selvam Malar Enterprise yang berusia lebih 100 tahun itu berkata, antara produk paling laris menjelang sambutan Deepavali adalah muruku biasa dan achi muruku selain pelbagai biskut yang tersedia menanti pengunjung dalam pelbagai bekas plastik yang disediakan.


"Kami sangat gembira kerana perniagaan kembali pulih dan hasil jualan meningkat sebanyak 70 peratus iaitu tiga kali ganda berbanding ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya kepada Bernama.


Sebelum ini jualan kudapan di Kampung Kacang Puteh yang menjadi destinasi pilihan pelancong ke Ipoh dilaporkan merosot akibat pandemik Covid-19 dan larangan merentas negeri.


Seenivasagan yang dibantu isterinya, G Ellil Vinootteni, 27, berkata, beliau sebelum ini terpaksa memendekkan waktu bekerja dua kakitangannya, namun kini telah menambah beberapa pekerja baharu bagi menampung permintaan dan kehadiran pengunjung yang semakin meningkat.


Mengulas lanjut, katanya, pertambahan kakitangan itu perlu bagi membantu kerja-kerja memproses, membungkus dan menjual produk dan operasi perniagaan kini dilanjutkan sehingga jam 10.30 malam kerana menerima lebih 3,000 tempahan pelbagai kekacang, muruku dan biskut setiap hari.


Beliau percaya, rahsia ramuan turun-temurun nenek moyangnya menjadikan produk keluaran mereka yang terdiri daripada lebih 40 kekacang dan kerepek, tetap mempunyai peminat tersendiri terutama bagi produk yang paling laris iaitu kerepek ubi, pagoda dan kerepek campuran. - Bernama


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... menjelang-Deepavali
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.062325 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list